GEORGE TOWN 28 Dis. - Pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Langkawai, Kedah hari ini dilapor berpatah balik selepas 10 minit penerbangan kerana ‘masalah teknikal’.
Jurucakap LTAPP ketika dihubungi berkata, pesawat AK6242 yang berlepas pada 4.30 petang itu sepatutnya mendarat di Langkawi pukul 5.05 petang.
“Pesawat itu berpatah balik selepas kira-kira 10 minit memulakan perjalanan dipercayai akibat masalah teknikal dan terpaksa dijadual semula.
“Pesawat itu selamat mendarat (di Langkawi) kira-kira pukul 6.30 petang; terlewat hampir 1 jam 30 minit dari jadual asal,” katanya.
Sementara itu, pengurusan AirAsia ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan berkata kenyataan akhbar mengenainya akan dibuat kemudian.
No comments:
Post a Comment