Cleveland, Ohio 20 Dis 2014 - Seorang banduan wanita yang beragama Islam telah menyaman sebuah penjara di daerah Cleveland kerana memaksanya hadir pada hari Jumaat disebuah Gereja untuk berkerja sebagai salah satu hukuman yang dihadapinya.
Sakeena Majeed, 24, yang dikenakan hukuman 60 hari penjara kerana dikatakan telah melakukan serangan ganas, serangan keatas pegawai polis dan menentang penangkapan keatasnya telah ditahan pada 18 Julai 2013 dan setelah perbicaraan dijalankan keatasnya beliau telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman pada 3 April 2014.
Sakeena Majeed memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Persekutuan kerana dikatakan pegawai penjara memaksa beliau dan banduan yang berada di penjara daerah Cuyahoga supaya hadir pada hari Jumaat disebuah gereja untuk melakukan kerja yang diketuai oleh seorang petugas di gereja tersebut.
Beliau mendakwa bahawa dia telah diancam akan dikurung seorang diri jika dia tidak hadir dan seorang lagi pegawai penjara telah menghinanya ketika dia menolak untuk mengambil bahagian secara aktif di gereja tersebut.
"Ianya akan menyinggung perasaan sesiapa, tidak kira apa agama anda," kata peguam beliau Matthew Besser, yang memfailkan tuntutan mahkamah. "Kerajaan tidak boleh memberitahu anda tuhan mana yang patut anda sembah atau tuhan mana yang sepatutnya anda perlu berdoa.”
Tuntutan mahkamah Sakeena Majeed bertujuan untuk menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan. Seorang jurucakap pendakwa daerah, Joe Frolik, enggan mengulas mengenainya.
Memaksa seseorang untuk menghadiri perkhidmatan di gereja tanpa kerelaannya adalah pencabulan jelas hak perlembagaan untuk kebebasan beragama, hak yang tidak hilang apabila seseorang itu dipenjarakan, kata Besser. Tujuan Sakeena Majeed memfailkan saman terhadap penjara daerah tersebut kerana tidak mahu perkara tersebut berlaku keatas orang lain.
Sumber - liveleak.com
No comments:
Post a Comment