MANILA: Sebuah pesawat AirAsia Zest membawa 184 penumpang berdepan masalah tayar di bandar Tagbilaran di tengah Filipina, hari ini mendorong syarikat dimiliki AirAsia Filipina itu membatalkan penerbangannya, kata pegawai.
Insiden itu hadir ketika usaha dilakukan bagi mencari dan menyelamat pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, membawa 162 penumpang termasuk anak kapal.
Sekurang-kurangnya empat penerbangan domestik dari dan ke Tagbilaran telah dibatalkan kerana kejadian itu semalam.
Jurucakap pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Eric Apolonio berkata, penerbangan itu membawa 178 penumpang dan enam anak kapal.
Sumber - newsinfo.inquirer.net
No comments:
Post a Comment