Search This Blog

HOME

Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Kisah benar di Thailand - Rambut dan kuku bayi tetap tumbuh walaupun sudah mati.



Sepasang suami isteri di Thailand yang telah kematian bayinya telah mengambil keputusan untuk menyimpan bayinya disebuah kuil tanpa menanam atau membakarnya.

Namun pasangan suami isteri tersebut telah bermimpi yang mana bayinya tidak mahu ditempatkan di kuil tersebut sebaliknya mahu dipindahkan ketempat lain.




Kedua-dua pasangan tersebut telah memindahkan mayat bayi tersebut kesebuah kuil yang lain namun perkara yang sama berlaku kepada pasangan tersebut dan akhirnya mereka telah membawa bayi tersebut balik kerumah mereka dan kemudian berlakulah kejadian yang mengejutkan lagi misteri apabila pasangan tersebut mendapati rambut dan kuku bayi tersebut tetap tumbuh walaupun badannya telah mereput.

Sunday, April 21, 2013

Wanita Tikam Anaknya Yang Dikatakan Dimasuki Iblis

Elzbieta Plackowska
NAPERVILLE : Seorang wanita berusia 40 tahun menikam anak lelakinya 100 kali manakala anak perempuan pula 50 kali atas alasan untuk menghalau “iblis” dalam diri kedua-dua kanak-kanak itu.
Elzbieta Plackowska dibawa ke mahkamah semalam dan dikenakan bon.
Pendakwa raya DuPae County, Robert Berlin berkata, “dia memberitahu bahawa dalam diri anak-anaknya ada iblis dan dia cuba mengeluarkan iblis keluar dari badan mereka.”
Laporan nbcnews.com memetik polis berkata, Plackowska dengan kejam menikam anak lelakinya, Justin 100 kali dan Olivia Dworakowski 50 kali.
Ketika kejadian, yang berlaku Selasa lalu, wanita itu menjaga kedua-dua kanak-kanak berkenaan di rumah mereka yang terletak di Naperville, kira-kira 50 kilometer ke barat Chicago.
Dia didakwa meminta kedua-dua kanak-kanak itu melutut dan berdoa sebelum menikam mereka, lapor nbcchicago.com.
Malah, dia juga didakwa memberitahu anak lelakinya bahawa dia akan pergi ke syurga.
http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_.gifMenurut pendakwa raya, leher kedua-dua kanak-kanak itu dikelar.
Selepas membunuh, Plackowska telah pergi ke gereja di Naperville tetapi apabila mendapati ia tutup, dia meninggalkan mesej mengatakan telah melakukan sesuatu yang buruk dan memerlukan bantuan.
Dia kemudian telah pergi ke rumah kawannya, di mana anak lelaki sulung tinggal dan memberitahu mereka dia telah dirompak.
Tribune melaporkan bahawa Plackowska memberitahu polis kononnya rumah dia telah dipecah masuk dan penjenayah terbabit melakukan pembunuhan itu.
Kemudian, menurut laporan nbcchicago.com, wanita itu memaklumkan polis bahawa dia menikam anak lelakinya untuk menyinggung suaminya yang tidak menghargai dia.
Plackowska juga berkata bahawa dia membunuh anak perempuan dan dua ekor anjingnya kerana menyaksikan pembunuhan.

Sumber: http://abclocal.go.com/

Saturday, April 20, 2013

Misteri Gadis ‘Ghaib’ SMS Dari Dalam Kubur Terbongkar



Ada yang tak kena dengan Siti Balqis ni. Berita kononnya dia dilarikan oleh jin berbulu ke Gunung Jerai hanyalah rekaannya semata-mata. Apa sebab dia buat begitu? Apa yang diharapkan agar keluarga Siti Balqis dapat memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya kelak. Bukannya apa, ramai yang sudah menaruh simpati, tidak kurang yang bersengkang mata menjaga Siti Balqis di rumah, berpuluh bomoh dan pengamal perubatan cuba mengubati beliau. Rupa-rupanya ini adalah lakonan dari beliau sahaja?

Macam-macam kisah Siti Balqis nih, dari berita dia disorok dek jin, berita batu permata jatuh dari bumbung sehinggalah yang terbaru, dikatakan dia dilarikan jin berbulu ke Gunung Jerai, walhal siasatan polis menunjukkan beliau berada di jelebu, Negeri Sembilan.
Berikut adalah rentetan siasatan polis :

1. Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

2. Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

3. Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini. Polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.

4. Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

5. Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

6. Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

7. “Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan,” katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

8. Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

9. Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

10. “Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

11. Di Kuala Kelawang, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

12. Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

13. “Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang,” katanya.

14. Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

15. Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

Apa motif sebenar Siti Balqis? adalah betul-betul beliau sakit yang memerlukan beliau berjumpa dengan pakar psikiatri? Kalau perlu, segerakanlah! Kenapa? apa motif beliau menyatakan ibunya sudah meninggal dunia dan duduk di banglo mewah? kalau betul Siti Balqis berkata begitu, memang patut disegerakan rawatan beliau dengan pakar psikiatri.

Siti Balqis memang unik, kami nak juga tahu bagaimana dengan insiden batu permata yang jatuh dari atas siling, Siti Balqis hilang dari pandangan walaupun dikawal ketat oleh penduduk kampung dan wartawan? atau ada orang yang bersubahat menolong beliau? Hairan, macamana pula dia boleh dapat tiket bas ekspress? Harap dapat dirungkaikan dan dapat penjelasan dari Siti Balqis sendiri.

Susah untuk percaya dan sukar untuk menidakkannya, apatah lagi mengenai batu permata tuh, elokkan diperiksa dari mana datangnya. Kita pun ada teknologi canggih, sekali imbas dah boleh tahu batu jenis apa, dimana datangnya.

Sebelum itu juga, kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kita dimana Tuhan jadikan bumi ini bukanlah untuk manusia sahaja. Hanya itu yang boleh dijadikan pengajaran, berkaitan ceritanya yang mengarut itu, jadikan lah sempadan. Masakan tidak, memang lumrah sekarang, bila berlaku kes sebegini, ramai yang lebih mempercayai bomoh dari pengamal perubatan Islam atau dengan kata lain, berubat dengan kaedah Islam. Ramai yang masih tidak percaya atau kurang yakin dengan majlis bacaan Yassin dan lebih selesa menggunakan khidmat bomoh-bomoh yang entah betul atau tidak. Satu soalan! Bolehkah jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?.