Search This Blog

HOME

Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Ekstravaganza Dato` Siti Bersama Orkestra Filharmonik


KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2013: Jika Hafiz Suip bakal menyerlahkan belangnya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Jun ini, penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza juga akan menunjukan persona vokal menawannya di pentas yang sama pada Julai depan.

Sebuah sejarah bakal tercipta dalam industri seni tanahair apabila DFP menerusi pemuzik hebat Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) akan berkolaborasi dengan Dato' Siti Nurhaliza dalam muzik ekstravaganza untuk tiga malam berturut-turut iaitu pada 5, 6 dan 7 Julai akan datang.

Kolaborasi yang sama pernah dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak MPO dengan beberapa penghibur tenama seperti Tan Sri SM Salim, Dato' Sheila Majid, Dato' M Nasir, Tengku Ahmad Irfan, Bobby Chen, Foo Mei Yi, Dato' Yusni Hamid, Datin Paduka Julie Sudiro dan juga Aishah.

Konsert itu akan terus menyaksikan keunggulan MPO yang melangkau pelbagai genre muzik, dari muzik klasikal barat ke runut bunyi filem, irama tradisional, pop, jazz dan kontemporari.

Ditubuhkan pada tahun 1998, MPO terus menyajikan persembahan bertaraf antarabangsa kepada pelbagai lapisan penonton menerusi lebih kurang 100 buah konsert setiap musim di DFP.

MPO juga telah melebarkan sayapnya ke negara luar seperti Singapura, Taiwan, Korea, China, Jepun dan Australia.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak DFP semalam, kolaborasi hebat bersama Dato' Siti Nurhaliza itu adalah bersempena sambutan ulangtahun DFP/MPO yang ke15.

"Kolaborasi terbaru ini bakal melakar sejarah tersendiri lantaran Siti Nurhaliza sendiri adalah sebuah nama besar dalam industri seni suara bukan hanya di Malaysia bahkan di benua Asia.

"Dengan kejayaan 20 buah album dan pengalaman 18 tahun dalam bidang seni, kolaborasi Siti Nurhaliza bersama MPO ternyata sangat dinantikan ramai," kata sumber daripada MPO dan DFP.

Ini merupakan persembahan kali kedua Siti Nurhaliza bersama MPO, di mana kali pertama menyaksikan dia sebagai artis undangan dalam konsert Tan Sri SM Salim bersama MPO pada tahun 2001.

Dicungkil bakatnya menerusi rancangan Bintang HMI terbitan RTM pada tahun 1995, Siti Nurhaliza melancarkan album perdananya setahun kemudian.

Pada usia 20 tahun, beliau telah mengadakan konsert solo pertama di Bukit Jalil pada tahun 1999. Ini diikuti dengan kejayaan mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005. Kemudian, beliau mengadakan Konsert Fantasia Tour di 13 negeri, selain dari persembahan di Indonesia, Singapura dan Brunei.

"Persembahan Siti Nurhaliza bersama MPO, bakal membawa penonton menyusuri perjalanan seni beliau, sedari awal penglibatan di Kuala Lipis, Pahang hingga berdiri teguh sebagai salah seorang artis tersohor negara.

"Para penonton bakal dihiburkan dengan interpretasi simfoni dari MPO untuk lagu-lagu popular beliau seperti Muara Hati, Purnama Merindu, Cindai, Biarlah Rahsia, Hanya Dia, Seindah Biasa, Badarsila, Kau Kekasihku, Di Taman Teman dan beberapa medley," jelas kenyataan media berkenaan.

Persembahan hebat ini adalah di bawah siri DFP Showcase yang bakal dipimpin oleh konduktor Kevin Field di dalam dewan indah yang mampu memuatkan seramai 900 penonton dalam satu masa.

Tiket dijual pada harga, RM150, RM250, RM330 dan RM400 yang boleh dimiliki dengan membuat tempahan telefon 03-20517007 atau tempahan email di
dfp_boxoffice@petronas.com.my dan layari laman web www.dfp.com.my & www.mpo.com.my. 

Ziela Jalil Berkempen Habis-habisan


KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2013: Meskipun tidak bertanding untuk mana-mana parti politik atau kawasan, pelakon Ziela Jalil akui dia kini tetap berkempen habis-habisan untuk parti pilihannya iaitu Barisan Nasional (BN).

Ziela Jalil berkata sempena Pilihan Raya Umum yang ke 13 (PRU 13) ini, dia sedang aktif berkempen untuk Barisan Nasional sehingga ke luar Kuala Lumpur sebelum hari sebenar mengundi pada 5 Mei ini.
"Sekarang saya memang giat berkempen untuk Barisan Nasional kerana BN tetap di hati saya sejak dahulu, kini dan selamanya.

"Sekarang setiap minggu Sabtu dan Ahad, bermula minggu lalu saya sudah mengikut BN untuk berkempen bagi kawasan Bukit Antarabangsa.

"Pada 27 Arpil ini pula saya akan ke Bukit Katil, Melaka untuk membantu berkempen untuk pemimpin BN yang bertanding di sana iaitu Dato' Dr. Hassan Ali.

"Minggu hadapannya pula sebelum PRU 13 saya akan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk ikut berkempen di sana.

"Saya pergi atas jemputan BN dan saya tidak kisah untuk memberikan kerjasama dalam sama-sama berkempen kerana saya sayangkan kerajaan yang ada sekarang," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sebagai golongan artis di Malaysia, Ziela Jalil memberitahu dia amat bersyukur dengan manifesto yang diberikan kepada penggiat seni tempatan.

"Saya rasa golongan artis di Malaysia sepatutnya perlu bersyukur kerana kerajaan telah banyak membantu dalam menyara hidup dalam bidang seni ini.

"Kami tiada KWSP seperti pekerja lain tetapi diberi kelebihan dan kemudahan lain untuk kami berupaya membeli rumah dan kereta sama seperti pekerja lain," jelasnya lagi.

Antara manifesto Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada golongan artis adalah Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M). KD1M yang sebelum ini diwujudkan untuk polis, tentera dan persara kini juga boleh dimiliki oleh artis-artis tempatan yang berdaftar dibawah Persatuan Seniman mahupun di bawah persatuan berdaftar lain yang berkaitan dengan industri hiburan dan kreatif.

Pemberian tersebut merupakan salah satu daripada empat usul yang telah dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang mewakili para penggiat seni tempatan, dalam satu Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Ikon dan Penggiat Seni Tanah Air bertempat di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya, 17 April lali.

Sumber

Norman Suka Tengok Memey Bertudung.


Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

NORMAN mahu Memey memakai tudung kerana Allah, bukan atas desakan sesiapa.

PADA hari Ahad lalu pelakon Memey Suhaiza membuat kemunculan di khalayak ramai dengan tampil bertudung litup ketika menghadiri acara hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim.

Beberapa keping gambarnya bertudung turut dimuat naik ke laman Instagram miliknya, sehingga ramai peminat yang menyangka bahawa isteri kepada pelakon Norman Hakim itu sudah mengikut jejak langkah beberapa artis yang kini sudah bertudung.

Bagaimanapun, Memey yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini memberitahu, dia tidak mahu peminat salah sangka apabila menganggap dirinya kini sudah bertudung.

Sebaliknya, pelakon yang baru dikurniakan cahaya mata, Mohamed Darwisz Hakim itu menyatakan sehingga kini dia masih lagi belum bertudung sepenuhnya, tetapi masih dalam proses percubaan untuk memakai tudung.

Kosmo!: Bagaimanakah kehidupan Memey selepas bergelar ibu?

MEMEY: Ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk diperkatakan, tetapi apabila dikurniakan cahaya mata sudah tentu ia menjadi pelengkap kepada kehidupan saya sebagai seorang isteri.

Setelah tamat berpantang pada awal April lalu, adakah anda sudah kembali berlakon?

Buat masa ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda KL. Namun begitu, setiap kali ke lokasi penggambaran, saya selalu berasa berat hati untuk berpisah seketika dengan anak kerana terlalu rindu. Sebenarnya, selepas melahirkan anak sudah banyak tawaran berlakon yang diterima, tetapi dalam tempoh sekarang ini saya terima tawaran yang memerlukan saya berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Bagaimanakah pula dengan anak apabila anda menjalani penggambaran?

Tanggungjawab menjaga anak saya serahkan segalanya kepada adik saya yang selama ini memang bekerja dengan saya. Cuma, saya telah memintanya supaya menjaga Darwisz di rumah sahaja.

Adakah suami tidak kisah apabila anda kembali aktif berlakon setelah memiliki cahaya mata?

Saya sangat beruntung kerana suami tidak pernah menghalang saya aktif berlakon semula. Dia cukup memahami minat saya yang mendalam terhadap dunia lakonan, namun dia tetap meletakkan syarat supaya kepentingan keluarga perlu lebih diutamakan berbanding kerjaya.

Baru-baru ini terdapat beberapa keping gambar yang memaparkan anda bertudung sewaktu muncul di khalayak ramai. Adakah sekarang ini anda sudah bertudung sepenuhnya?

Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan lakonan saya dalam Roda-Roda KL juga tidak menampilkan saya memakai tudung. Apa yang boleh dikatakan, saya masih lagi dalam proses belajar lagi. Kalau boleh saya tidak mahu peminat keliru dengan penampilan saya itu dan begitu mengharapkan doa daripada peminat agar pintu hati saya terbuka sepenuhnya untuk bertudung.

Apakah pandangan suami apabila melihat anda sudah mula berjinak-jinak untuk memakai tudung?

Sudah tentu suami merupakan orang yang paling gembira dan memberitahu dia memang suka lihat saya bertudung. Bagaimanapun, dia tidak memaksa saya dan berpesan supaya setiap perubahan yang dilakukannya itu mestilah niat kerana Allah tanpa paksaan daripada sesiapa.

Wednesday, April 24, 2013

Zain Saidin Buat Perangai Dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2?





Penglibatan pasangan selebriti Zain Saidin dan kekasihnya Rozita Che Wan memang menjadi perbualan hangat buat para peminat siri Masterchef Selebriti Malaysia musim 2. Satu lagi kontroversi hangat melanda apabila Zain Saidin tiba tiba meninggalkan dapur MSM2. Kemudian di Metro Ahad yang lepas, Chef Jo mendedahkan karakter sebenar Zain Saidin di dapur. 

Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.

Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan.

Tuesday, April 23, 2013

Bintang Home Alone Macam Pengemis Atau Memang Pengemis?




PELAKON yang cukup popular menerusi filem Home Alone, Macaulay Culkin, dilaporkan merayau-rayau di Kota London sehingga mendatangkan kebimbangan kepada rakannya.

Menurut sumber, pelakon berusia 32 tahun ini kelihatan seperti seorang pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.

"Selepas berparti bersama rakannya, dia menghilangkan diri dan keluar berkeliaran seorang diri.

"Apabila dihubungi rakannya, dia memberitahu sedang bersiar-siar namun keadaannya menggambarkan dia seperti seorang pengemis.

"Malah, rakannya sendiri tidak mengenali dia ketika itu," kata sumber itu.