Showing posts with label Sukan Dan Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Sukan Dan Hiburan. Show all posts
Monday, December 29, 2014
Sunday, December 28, 2014
Thursday, December 25, 2014
Video - Djokovic Memang ‘Gentleman’
Novak Djokovic pemain tenis profesional diantara yang terbaik di dunia daripada Belgrade, Serbia telah mempelawa ‘tukang pemungut bola’ duduk bersama-samanya sambil dia memberikan sebotol minuman dan memayungi pemuda tersebut dan berbual-bual dengannya.
Jarang kita lihat perkara seperti ini berlaku............ kena marah dengan pemain adalah, jom tonton videonya...........
Monday, December 22, 2014
Bapa Kecam Majlis Kahwin Yaya Maembong & Wan Raja
PETALING JAYA: Bapa kepada Yaya Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong mengecam majlis pernikahan anaknya itu dengan pelakon Wan Raja kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.
Ismail, 66, berkata, pasangan berkenaan mengadakan perkahwinan dengan cara membazir termasuklah menguruskan majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya sedangkan perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.
![]() |
| Ismail Embong....... pembaziran menjadi kemarahannya |
"Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan," katanya meluahkan perasaan panjang lebar dalam Facebook miliknya pada Isnin.
Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember lalu dengan sekali lafaz.
Pasangan berkenaan kemudiannya mengadakan majlis resepsi persandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini dua hari kemudian.
Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.
Selain Yaya berkahwin dengan artis, Shikin terlebih dahulu mengikut jejak berkenaan selepas bernikah dengan Chef Riz iaiatu anak kepada Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014.
Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukit Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.
Malah lebih mendukacitakan apabila Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan selepas berumah tangga.
Kata ismail, tiga beradik itu ialah Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad.
"Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat," luahnya.
Ismail turut mendedahkan ketika majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Redhuan, dia sekali lagi terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan tersebut.
Malah dia terpaksa menghabibskan masa seharian di rumah kerana menunggu jika ada mana-mana individu yang ingin membawanya menghadiri majlis akad nikah itu.
"Pada hari majlis tersebut saya seharian menunggu di rumah kerana tiada siapa yang datang untuk membawa saya, malah saya sendiri tidak tahu lokasi pernikahan itu. Seorang kawan telah membawa saya pada pukul 5.30 petang, namun saya sekali lagi marah apabila majlis itu tidak diadakan mengikut permintaan saya.
"Saya sudah beritahu bahawa buat secara kecil-kecilan sahaja dan jangan jemput media. Kalau ada yang ingin menaja sekalipun sedekah sahaja pada fakir lebih banyak pahala," ujarnya.
Ismail menambah, dia tidak pernah memberi apa-apa syarat terhadap pilihan anak-anaknya, malah dia hanya meminta majlis dibuat secara sederhana sahaja.
Perkara tersebut turut diingatkan kepada tiga orang anaknya yang masih belum berkahwin agar tidak melakukan tindakan sedemikian.
"Saya sudah berpesan kepada rombongan merisik iaitu tiada hantaran, pilihan anak tidak pernah saya tentang, buat yang wajib sahaja dan kalau perlu bersanding hanya melakukannya secara sederhana sahaja," ujarnya.
Keluarga Wan Raja Terkejut Tindakan Ismail Embong
Semantara itu, pelakon Wan Raja yang dihubungi mStar Online pada Isnin bagi mengulas kejadian berkenaan berkata, keluarganya agak terkejut dengan tindakan Ismail Embong ketika majlis pernikahan dia dan Yaya berlangsung.
![]() |
| Ismail Embong dan anak-anak ketika sambutan Aidilfitri yang lalu |
Wan Raja berkata, tindakan bapa mertua itu juga dianggap tidak adil kepadanya sebagai orang baharu yang masuk dalam keluarga tersebut.
"Saya mengaku pada majlis akad nikah saya, ada insiden yang kurang menyenangkan dengan cara bapa mertua saya dan saya malu dengan keluarga saya yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk meraikan hari bahagia saya dan Yaya.
"Bagi saya tindakan ayah mertua saya itu tidak adil kepada saya kerana meninggikan suara di hadapan orang ramai termasuk tidak membenarkan media membuat liputan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Secara jujur kejadian itu menganggu fokus saya untuk upacara akad nikah," ujarnya.
Tambah Wan Raja, punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian apabila tiada siapa yang mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.
Jelasnya, kesemua anak-anaknya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.
"Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlis akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.
"Saya tahu ia mungkin salah kami juga," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.
Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.
"Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.
"Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun," katanya.
Selain itu dia turut menafikan kenyataan Ismail yang menuduh Yaya menghalau adik-beradiknya keluar dari rumah tersebut.
Katanya, keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.
"Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu," jelasnya.
Sumber - mStar Online
Sunday, December 21, 2014
Laporan Polis telah dibuat, Zed Zaidi mahu Vanida Imran pulangkan buku cek.
"Saya cabar dia datang berjumpa saya dan kemukakan alasan kenapa dia berbuat begitu," kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi mengenai tindakan pelakon yang juga Bendahari SENIMAN, Vanidah Imran 'melarikan' buku cek persatuan itu sejak Oktober lalu.
Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, sebagai presiden dia ingin tahu sebab sebenar Vanidah bertindak sedemikian dan dia juga bersedia memberikan segala penjelasan yang diinginkan sebagai bukti.
Zed berkata, dia juga tidak mahu segala urusan perbincangan dilakukan menerusi telefon ataupun aplikasi WhatsApp dan lebih selesa jika Vanidah sendiri datang bersemuka dengannya untuk berbincang secara lanjut mengenai masalah atau apa saja perkara ingin dibangkitkan dan diketahuinya.
![]() |
| Zed Zaidi mahu Vanida pulangkan buku cek Persatuan Seniman Malaysia |
"Saya seorang yang suka bersemuka apabila berbincang. Tetapi saya kurang gemar berbincang hal penting menerusi panggilan telefon atau menulis mesej dalam WhatsApp.
"Lagi pun, sudah terlalu lama masa diberikan kepada Vanidah untuk dia memulangkan semula buku cek yang diambilnya dan dibawa keluar dari pejabat persatuan.
"Saya beberapa kali menghubunginya, tetapi panggilan tidak dijawab. Bahkan, timbalan presiden dan setiausaha pun pernah hubungi dia, tetapi banyak pula alasan diberi.
"Jadi, sekarang saya cabar dia kemukakan alasan-alasannya dan saya pun sedia memberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.
Jumaat lalu, Zed mewakili SENIMAN membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang berhubung kehilangan buku cek persatuan yang didakwa berada dalam simpanan Vanidah.
Hadir sama membuat laporan, Timbalan Presiden Seniman iaitu Zack Kool, Setiausaha Kehormat Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan.
Zed berkata, tindakan membuat laporan polis itu bukan disebabkan kepentingan dirinya atau mahu memalukan sesiapa, tetapi demi mempertahankan persatuan dan ahli SENIMAN yang lain.
Katanya, Vanidah dipilih sebagai Bendahari pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 (AGM) SENIMAN pada 27 September lalu. Dalam mesyuarat pertama SENIMAN pada 15 Oktober lalu pelakon itu sudah diberi penjelasan mengenai bidang tugas selaku bendahari.
"Bagaimanapun, dia (Vanidah) tidak menjalankan tanggungjawab dipikul sebaliknya dia membawa keluar buku cek milik persatuan.
"Disebabkan tindakannya itu, hingga kini persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat, gaji pekerja dan bayaran bil membabitkan elektrik, air dan Internet.
"Bukan itu saja, gara-gara ketiadaan buku cek itu perjalanan persatuan juga terganggu kerana tidak boleh menganjurkan sebarang program termasuk memberi sumbangan kepada ahli yang sakit," katanya.
Zed berkata, dia paling kecewa apabila SENIMAN juga tidak dapat memberi sumbangan kewangan mahupun melakukan majlis tahlil untuk bekas Presiden SENIMAN dan pelakon veteran Allahyarham Datuk Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu.
Menurutnya, dia tidak akan membuat laporan polis itu sekiranya Vanidah memulangkan buku cek yang diambil, tetapi pelakon itu tetap berkeras.
Vanidah ketika dihubungi media sebelum ini menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bertindak mengambil buku cek berkenaan serta enggan mengulas lanjut.
Zed berkata, wang di dalam akaun SENIMAN itu adalah hasil yang berjaya dikumpulkan sepanjang dia menerajui SENIMAN sebelum ini dengan kejayaan menganjurkan kira-kira 500 program.
"Salahkah wang yang ada dalam akaun itu digunakan untuk membayar kos penyelengaraan pejabat, bil, gaji pekerja, penganjuran program dan sumbangan kepada ahli yang sakit?" katanya.
Katanya, persatuan ditubuhkan sebagai komuniti untuk mempertahankan kebajikan ahli yang bernaung di bawahnya dan bukan sebuah syarikat hak milik persendirian.
Sementara itu, Vanidah ketika di hubungi enggan memberi sebarang komen.
Sumber - HMetro Online
Isu Tudung anak diminta buka tudung - Rosyam maafkan.
Kuala Lumpur: Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat naik status di Twitter betapa dia kecewa dengan kakitangan kedai menjual alat permainan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang meminta anak perempuannya, Nurlisa, 17, membuka tudung jika mahu bekerja di situ, Khamis lalu sehingga menjadi ‘viral’, menemui noktah petang tadi.
Ini kerana, pengurusan kedai terbabit membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Rosyam menerusi laman Facebook rasmi mereka dan Rosyam menerima permohonan maaf itu.
![]() |
| Penjelasan daripada pihak pengurusan syarikat |
Pengurusan kedai berkenaan menafikan mereka mempunyai polisi tidak membenarkan pekerja wanita beragama Islam memakai tudung, malah mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin bekerja di situ tanpa mengira bangsa atau agama.
Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan mendapati ia dilakukan salah seorang kakitangan baru mereka yang tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja dan tindakan disiplin sudah diambil terhadap kakitangan terbabit.
Rosyam berkata, dia berharap perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Saya maafkan mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya yang akan bertemu pengurusan kedai berkenaan.
Sumber - HMetro Online
Emma masih kekasih Zizan, bukannya Kamal Adli.
Kuala Lumpur : Pelakon jelita, Emma Maembong menafikan dia sudah berpisah dengan Zizan Razak dan menegaskan tiada sebarang hubungan cinta dengan pelakon Kamal Adli.
Emma berkata, beberapa hari lalu Zizan bersama Kamal dan adiknya, Chacha terbabit dalam projek kelolaan bapanya yang juga pelukis terkenal Ismail Embong.
Katanya, dia turut menemani Zizan dan sangat terkejut apabila gosip itu timbul.
“Kami (dengan Kamal) tak rapat meskipun pernah berlakon bersama. Habis kerja kami tak pernah berhubung, jadi macamana boleh timbul kami bercinta dan dia dikatakan menjemput saya di lapangan terbang. Ini semua mengarut,” katanya ketika dihubungi petang tadi bagi mengulas gosipnya itu.
Emma tidak menafikan ada pihak yang kurang senang dengan dia dan Zizan sehingga menyebarkan cerita palsu kepada media dengan tujuan menjatuhkan nama mereka.
“Kami tak takut kerana berada di pihak yang benar. Cuma saya kecewa apabila perkara ini mengundang rasa kurang senang keluarga dan ramai rakan juga tak putus-putus bertanya.
“Perkara ini juga secara tidak langsung mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap saya,” katanya.
Sumber - HMetro Online
"Hal Peribadi Jangan Cerita Terlebih" - Aliff Aziz (Video)
Mawi Banyak Baca Buku Sejak Bergelar Pengacara.
PETALING JAYA: Penyanyi Mawi mengakui semakin selesa bergelar pengacara program bual bicara berjudul Seindah Kata yang disiarkan di TV internet iaitu Capital TV sejak 12 November lalu.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 33, berkata, sejak mengendalikan program itu dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca terutamanya berkaitan topik yang dibincangkan menerusi rancangan berdurasi setengah jam itu.
"Alhamdulillah biarpun pada awalnya agak kekok tetapi saya semakin seronok bergelar pengacara kerana ia banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih fokus dan berpengetahuan.
"Untuk tujuan itu juga saya kini lebih banyak membaca pelbagai jenis buku termasuk membuat carian maklumat di internet bagi menambahkan ilmu pengetahuan," katanya kepada mStar Online.
Mawi turut mengendalikan Seindah Kata bersama penyanyi Hafiz Hamidun dan program berkenaan disiarkan setiap hari Rabu pada pukul 8.30 malam di Capital TV.
Dalam pada itu, selain mengacara, Mawi juga memberitahu dia kini turut sibuk dengan kerja-kerja penulisan lagu dan setakat ini telah mencipta enam buah lagu.
Jelas Mawi, mentornya, Datuk M.Nasir adalah individu yang banyak mendorongnya dalam menghasilkan lagu dan lirik selain memberi tunjuk ajar kepadanya.
"Apabila saya tiba-tiba mendapat melodi sesuatu lagu saya segera akan rakamkan bimbang terlupa dan selepas itu baharulah saya tulis lirik mengikut kesesuaian.
"Itu antara nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh M.Nasir dan Alhamdulillah kini saya sedang dalam proses mencipta bebeapa buah lagu lagi," katanya.
Antara lagu yang mendapat sentuhan Mawi adalah Hijab, Ayah dan Al-Haq Yang Satu nyanyian bersama Datuk AC Mizal.
Sementara itu, Mawi berkata, biarpun kerjaya nyanyiannya kelihatan perlahan namun dia menjelaskan undangan nyanyian masih banyak selain sibuk menguruskan perniagaan bersama isterinya.
Sumber - mStar Online
Piala AFF Suzuki: Penonton ditahan pakai selempang menghina Polis, bawa suar dan buku lima.
KUALA LUMPUR: Dah berbuih pihak Polis beri nasihat barang larangan yang menyalahi undang-undang tidak boleh dibawa memasuki stadium, tapi masih ada lagi yang keras kepala dan akibatnya mereka ditahan, bayangkan apabila pihak polis berjaya membuktikan kesalahan tersebut mereka akan didakwa, jika lepas ‘selamat’ jika sangkut dah tentu-tentu duit akan keluar untuk membayar denda kalau dipenjara macamana?.
Semalam pihak Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, kedua-dua lelaki itu didapati membawa suar dan besi buku lima yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Beliau berkata, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
"Mereka juga ditahan kerana memakai selempang yang tertera ungkapan menghina pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan.
Saturday, December 20, 2014
Yana Samsudin - Berdiam diri lebih baik.
Kurang dua minggu lagi, 2014 bakal meninggalkan kita dengan seribu satu kisah manis dan pahit yang menjadi faktor kematangan individu, sekali gus menjadi pengalaman berguna di masa depan.
Belum sempat bertanya pahit manis 2014, selebriti peramah yang berasal dari Yong Peng, Johor, Norliana Samsudin atau mesra disapa Yana Samsudin, 29, cepat-cepat bercerita mengenai soal jodoh.
"Nampaknya sasaran saya untuk berkahwin tahun ini tidak kesampaian," katanya diiringi ketawa.
Yana sebelum ini pernah menyuarakan hasrat bersedia menamatkan zaman bujang tahun ini, cuma belum pasti tarikhnya.
"Memang pernah terfikir pasal kahwin. Malah, saya terbuka untuk menerima lamaran, cuma mungkin tiada lagi jodoh untuk tahun ini.
Sumber - HM Online
Muhammad Ali masuk hospital kerana radang paru-paru
LOUISVILLE (Kentucky): Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dimasukkan ke hospital semalam akibat penyakit radang paru-paru.
Jurucakap Muhammad Ali, Bob Gunnell, berkata lagenda tinju berusia 72 tahun itu sedang dirawat oleh sepasukan doktor dan kini berada dalam keadaan stabil.Gunnell berkata, radang paru-paru yang dialami Ali berada dalam keadaan terkawal kerana berjaya dikesan pada peringkat awal dan beliau dijangka berehat untuk beberapa hari di hospital.
Sebelum ini, Ali dilaporkan menghidap penyakit Parkinson.
Beliau muncul di khalayak ramai pada September lalu untuk menghadiri satu majlis di kampung halamannya di Louisville sempena Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali. - AP
Thursday, December 18, 2014
Primadona Filem Melayu Neng Yatimah Kritikal Diserang Strok Selepas Ziarah Kematian Menantu.
PETALING JAYA: Baru tiga hari dunia hiburan dikejutkan dengan kematian seniman Datuk Mustapha Maarof, kini ibu mertua pelakon itu Seniwati Neng Yatimah pula berada dalam keadaan kritikal akibat terkena strok ketika pulang menziarahi kematian menantunya.
Cucunya Mohd. Rezainudden, 38, berkata, Neng Yatimah, 91, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura sejak Rabu dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja ketika ini.
![]() |
| Primadona filem Melayu Neng Yatimah yang juga dikenali sebagai pelakon airmata |
"Nenek saya diserang strok ketika sampai di Johor Baharu dari Kuala Lumpur petang semalam (Rabu) ketika pulang menziarahi kematian arwah ayah. Nenek kemudiannya terus dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Phuat pada malam semalam juga.
![]() |
| Neng Yatimah ketika berlakon bersama Allahyarham P.Ramlee |
![]() |
| Ketika bersama menantunya Allahyarham Datuk Mustapha Maarof |
"Dia kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan saya dimaklumkan dia hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.
Tambah Mohd. Rezainudden, doktor turut memaklumkan bahawa seniwati tersebut juga dikesan menghidap penyakit kanser usus pada tahap serius.
Dalam pada itu, Rezainuddin berkata, neneknya itu berada dalam keadaan sihat sepanjang berada di Kuala Lumpur.
"Dia datang pada upacara pengebumian tetapi tidak dapat jumpa jenazah, namun dia bermalam selama dua hari bagi menghadiri majlis tahlil arwah.
"Ketika berada di sini selama dua hari kesihatan dia baik dan hanya batuk-batuk biasa sahaja," ujarnya.
Jelas Rezainuddin, dia masih belum berkesempatan untuk menziarahi neneknya itu kerana menguruskan beberapa hal berkaitan kematian bapanya yang belum selesai.
Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal sebagai seorang pelakon air mata.
Filem-filem lakonan beliau antaranya Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing dan Rachun Dunia.
Pada tahun 2007, beliu turut menerima anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).
Anak beliau iaitu Roseyatimah telah meninggal dunia akibat kanser payudara pada 1987 dan pada isnin lalu, menantunya pula, Mustapha Maarof mengehembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.
Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara Roseyatimah di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Wednesday, December 17, 2014
Mahkamah Syariah KL Hari Ini Penuh Kes Cerai, Rumah Tangga Artis
KUALA LUMPUR: Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis dipenuhi dengan kes perceraian dan masalah rumah tangga selebriti.
Antara artis yang dilihat diperkarangan mahkamah tersebut adalah Ieda Moin (perceraian), Fadilah Mansor dan Mat London (pengesahan nikah dan cerai), Syura (pengesahan rujuk) dan Rozana Misbun (pengesahan nikah dengan Awie).
Manakala nama penyanyi Farah Asyikin dan suaminya, Zaahier Stanley turut dilihat berada di papan kenyataan berhubung permohonan perceraian mereka.
Bagaimanapun Fara dan Zaahier Stanley tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.
![]() |
| Ieda akhirnya bercerai dengan Mohd Naquib selepas gagal menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. |
Ieda Moin Cerai Talak Satu
Dalam pada itu bagi kes penyanyi dan pelakon Ieda Moin, wanita itu sah bercerai talak satu selepas suaminya, Mohamad Naquib Idris melafazkan talak di Dewan 5, Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Lafaz itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.
Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, memberitahu mahkamah perceraian itu adalah jalan terakhir sebagai penyelesaian kemelut rumah tangga mereka dan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania yang kini bwerusia enam tahun.
Bagaimanapun Mohamed Hizwan mengarahkan pasangan itu memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas Ieda tidak bersetuju dengan Mohd Naquib yang mahu membayar nafkah anak mereka sebanyak RM800 sebulan.
![]() |
| Fadilah dan Mat London selepas selesai kes pengesahan nikah dan cerai. |
Mahkamah Terima Lafaz Cerai Dramatis Fadilah Mansor & Mat London
Dalam pada itu, di Dewan 2 kompleks mahkamah sama mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penerbit dan pengarah Mat London terhadap dramatis Fadilah Mansor pada 28 September 2012 adalah sah dan mengikut hukum syarak.
Hakim Syarie, Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan itu kepada mahkamah.
Fadilah dan Mat London atau nama sebemarnya Ahmad Ibrahim bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23 dan Faeesal Aswad, 20 tahun.
Terdahulu, Ab Malek turut mengesahkan pernikahan pasangan itu di luar negara sah mengikut hukum syarak ditetapkan.
Fadilah bakal bernikah dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
![]() |
| Mohd Fadhly mengakui masih sayangkan Syura dan mahu kembali sebagai suami-isteri. |
Syura Gagal Hadir Kes Lafaz Rujuk
Sementara itu, dalam sidang sama, bekas suami kepada penyanyi dan juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.
Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut dan Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari sebagai sebutan semula kes berkenaan.
Mohd Fadhly yang ditemui diperkarangan mahkamah turut mengakui mereka sah bercerai pada September lalu.
![]() |
| kes melibatkan Awie dan Rozana masih berlangsung di mahkamah. |
Pengarah Jabatan Agama Dipanggil Beri Keterangan Kes Awie
Dalam perkembangan lain, dalam dewan berasingan, Hakim Mohd Amran Mat Zain mengarahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Yusoff Abu Bakar dipanggil memberi keterangan pada 6 Januari depan berhubung pengesahan surat nikah penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun.
Mohd Amran memberitahu kes berkenaan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung isu berhubung hak penjagaan anak yang difailkan oleh Awie selaku plaintif kes tersebut.
Rozana yang hadir pada sidang tersebut turut memaklumkan pihaknya menukar peguam syarie yang mewakilinya dalam kes tersebut iaitu Nor Azmi Mohd Arif.
Awie bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
Sumber - HMetro Online
Friday, December 12, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)








































%2B056.jpg)
%2B061.jpg)
%2B068.jpg)
%2B112.jpg)
%2B119.jpg)
%2B171.jpg)
%2B247.jpg)
%2B316.jpg)
%2B331.jpg)
%2B332.jpg)






