Showing posts with label Berita Dalam Dan Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Berita Dalam Dan Luar Negara. Show all posts
Monday, December 29, 2014
Sunday, December 28, 2014
KISAH BENAR - JURURAWAT CERITA BAGAIMANA SEKSANYA TERPERANGKAP SELAMA 6 HARI.
Thursday, December 25, 2014
BERITA TERKINI 7.30PM - Mangsa Banjir di Kelantan, Pahang, Perak Meningkat.
Video - Warden Penjara Bunuh Banduan Dirakam CCTV
Seorang warden penjara didapati bersalah diatas tuduhan membunuh seorang banduan dengan menghempas badan banduan tersebut keatas lantai.
Kejadian ganas warden tersebut telah dirakam CCTV yang terdapat dipenjara tersebut pada bulan June yang lalu.
Pihak juri mendapati Markeith Council, 27, bersalah diatas kematian Shon Demetrius McClain yang sedang menjalani hukuman penjara selama 90 hari di penjara daerah Wake di Carolina Utara, Amerika Syarikat.
Kejadian tersebut telah disaksikan oleh banduan-banduan yang lain dimana mangsa yang berbadan kecil telah diangkat oleh warden tersebut lalu menghempaskannya kelantai sebanyak dua kali mengakibatkan tengkuknya patah mungkin berikutan perselisihan faham diantara mereka berdua.
Lihat video..........
Sumber - liveleak.com
Wednesday, December 24, 2014
Penganiayaan terhadap wanita Islam di Amerika Syarikat - Banduan wanita beragama Islam saman penjara daerah di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat kerana paksa pergi ke gereja.(Video)
Cleveland, Ohio 20 Dis 2014 - Seorang banduan wanita yang beragama Islam telah menyaman sebuah penjara di daerah Cleveland kerana memaksanya hadir pada hari Jumaat disebuah Gereja untuk berkerja sebagai salah satu hukuman yang dihadapinya.
Sakeena Majeed, 24, yang dikenakan hukuman 60 hari penjara kerana dikatakan telah melakukan serangan ganas, serangan keatas pegawai polis dan menentang penangkapan keatasnya telah ditahan pada 18 Julai 2013 dan setelah perbicaraan dijalankan keatasnya beliau telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman pada 3 April 2014.
Sakeena Majeed memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Persekutuan kerana dikatakan pegawai penjara memaksa beliau dan banduan yang berada di penjara daerah Cuyahoga supaya hadir pada hari Jumaat disebuah gereja untuk melakukan kerja yang diketuai oleh seorang petugas di gereja tersebut.
Beliau mendakwa bahawa dia telah diancam akan dikurung seorang diri jika dia tidak hadir dan seorang lagi pegawai penjara telah menghinanya ketika dia menolak untuk mengambil bahagian secara aktif di gereja tersebut.
"Ianya akan menyinggung perasaan sesiapa, tidak kira apa agama anda," kata peguam beliau Matthew Besser, yang memfailkan tuntutan mahkamah. "Kerajaan tidak boleh memberitahu anda tuhan mana yang patut anda sembah atau tuhan mana yang sepatutnya anda perlu berdoa.”
Tuntutan mahkamah Sakeena Majeed bertujuan untuk menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan. Seorang jurucakap pendakwa daerah, Joe Frolik, enggan mengulas mengenainya.
Memaksa seseorang untuk menghadiri perkhidmatan di gereja tanpa kerelaannya adalah pencabulan jelas hak perlembagaan untuk kebebasan beragama, hak yang tidak hilang apabila seseorang itu dipenjarakan, kata Besser. Tujuan Sakeena Majeed memfailkan saman terhadap penjara daerah tersebut kerana tidak mahu perkara tersebut berlaku keatas orang lain.
Sumber - liveleak.com
Air cecah tingkat 3, 500 mangsa di SMK Manek Urai dalam bahaya.
![]() |
| Seramai 500 mangsa banjir berada didalam keadaan bahaya apabila air telah menjejaki tingkat 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai. |
KUALA KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.
Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.
"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.
"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.
Sumber - BH Online
Tuesday, December 23, 2014
Anggota polis bergelut dengan lelaki yang mengugut untuk menembak penumpang keretapi. (video)
Philadelphia - Didalam satu kejadian yang baru berlaku seorang anggota polis terpaksa bergelut dengan seorang penumpang kereta yang mengugut untuk menembak penumpang yang lain, walaubagaimanapun dengan bantuan orangramai anggota polis tersebut berjaya menahan penumpang tersebut.
Jom tonton video.........
Sumber - dailymail.co.uk
MH370 ditembak tentera AS kerana disangka ia telah di ‘Hijack’? (Gambar & Video)
Akhabr Daily Mail.co.uk hari ini melaporkan seorang bekas senior dalam sebuah syarikat penerbangan yang juga merupakan penulis mendakwa tentera Amerika Syarikat merupakan pihak yang bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MH370 kepunyaan MAS.
Dipetik dari akhbar DailyMail.co.uk hari ini, Marc mengatakan pesawat tersebut ditembak jatuh kerana mereka menyangka pesawat tersebut telah dirampas dan akan digunakan oleh terroris seperti kejadian yang berlaku pada 9/11.
![]() |
| Marc Dugain, bekas Ketua Eksekutif Proteus Airline |
Marc Dugain merupakan bekas Ketua Eksekutif Proteus Airline mendakwa pesawat jumbo tersebut ditembak jatuh berhampiran pengkalan tentera Amerika Syarikat di pulau terpencil di Diego Garcia.
![]() |
| Penduduk Maldives lebih awal tahu tentang MH370 |
Penduduk Pulau Maldives memberitahu kepadanya bahawa mereka telah melihat sebuah pesawat yang terbang rendah sama seperti yang dilaporkan tentang kehilangan sebuah pesawat milik MAS pada 8 Mac yang lalu.
![]() |
| Pengkalan tentera AS di kepulauan terpencil di Diego Garcia |
Marc telah diberi amaran sebelum ini supaya jangan menyiasat insiden ini oleh seseorang yang mengatakan ia sebuah penyiasatan berisiko.
Lihat video dibawah........
Right-click disini untuk berita sepenuhnya : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2883651/U-S-military-shot-MH370-thought-hacked-used-terror-attack-claims-former-airline-boss.html
Sumber - Dailymail.co.uk
Sunday, December 21, 2014
Kurang ajar punya cucu, kerana enggan jadi rakan facebook nenek sendiri ditamparnya.
Florida: Seorang wanita menampar neneknya sendiri hanya kerana wanita warga emas itu enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook.
Pejabat Syerif Daerah Pinellas berkata, Rachel Hayes, (gambar) 27, kini berdepan hukuman penjara selepas mengamuk dan memukul neneknya yang berusia 72 tahun.
Nenek Rachel dilaporkan menolak permintaan di Facebook itu kerana tidak suka nama digunakan cucunya, Rachel Frickin Hayes.
Kata syerif, pada pandangan wanita terbabit, perkataan “Frickin” diguna cucunya dianggap tidak sopan.
Sehubungan itu, neneknya meletakkan syarat supaya Rachel mengubah namanya terlebih dulu sebelum bersetuju menerimanya di senarai rakan Facebook.
Rachel yang mempunyai seorang anak bagaimanapun muncul di rumah neneknya dalam keadaan mabuk pada jam 3.40 pagi Khamis lalu dan mengamuk serta memaki neneknya.
Rachel kemudian menampar wanita warga emas itu beberapa kali.
Serangan itu hanya terhenti apabila wanita terbabit berjaya menutup serta menguncinya sebelum menghubungi polis.
Rachel mempunyai tiga rekod jenayah sebelum ini, termasuk kencing di tempat awam.
Sumber - HMetro Online
Tentera Laut Indonesia tenggelamkan dua lagi bot......... Malaysia bila lagi nak buat macam ni?
Jakarta: Tentera Laut Indonesia menenggelamkan dua lagi bot nelayan asing di Ambon semalam.
Ketua Tentera Laut Indonesia, Manahan Simorangkir berkata, kedua-dua bot nelayan itu ditahan di perairan Indonesia pada 7 Disember lalu.
Katanya, selepas disiasat, didapati kedua-dua bot berkenaan didapati berasal dari Papua New Guinea dan membawa 52 kru warga Kemboja serta Thailand.
Bagaimanapun, tiada maklumat diperoleh mengenai pemilik bot berkenaan.
“Mereka didapati bersalah menangkap ikan di wilayah Indonesia tanpa izin atau tidak memiliki dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia,” katanya.
Langkah tegas menenggelamkan bot nelayan yang menceroboh perairan Indonesia dibuat selepas Jokowi membentuk Kabinet Kerjanya baru-baru ini.
Jakarta memberi penekanan kepada kedaulatan perairannya selepas dikatakan sering dicabul nelayan asing.
Sebelum ini sebuah bot nelayan Vietnam juga ditenggelamkan atas arahan kerajaan.
Penenggelaman bot itu sejajar dengan arahan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti. - Agensi
Kalau belum ajal, dilanggar treler 14 tayar masih selamat (Video)
Beijing: Seorang penunggang basikal di Ningbo, wilayah Zhejiang, mungkin boleh dianggap orang yang paling bertuah di dunia.
Lelaki terbabit nyaris maut apabila dirempuh treler malah rakaman berita CCTV menunjukkan setiap detik kejadian itu.
Treler berkenaan melanggar mangsa ketika melalui tempat lintasan pejalan kaki. Lelaki itu dilihat masuk ke bawah kenderaan 14 tayar berkenaan.
Percaya atau tidak, mangsa hanya cedera ringan selepas berjaya mengelak semua tayar walaupun treler itu lalu di atasnya.
Mangsa kemudian dilihat bangun dalam keadaan terpinga-pinga di tengah jalan selepas treler itu berlalu.
Polis tempatan menyalahkan pemandu treler berkenaan yang tidak berhenti langsung selepas kejadian.
Sumber - skynews
Kubur sejuta mumia ditemui (8 gambar & Video)
![]() |
| Mummia budak perempuan berumur 18 bulan yang ditemui masih memakai gelang |
Setakat ini saintis sudah mengeluarkan lebih 1,700 mumia yang dalam keadaan baik kerana dilindungi cuaca gurun yang panas dan kering di wilayah Faiyun, kira-kira 96 kilometer ke selatan Kaherah.
Bagaimanapun, pakar percaya mungkin ada sehingga sejuta lagi mumia seumpama itu tertanam dalam batu kapur yang sedalam 22.9 meter.
Mumia itu dipercayai ditanam di situ 1,500 tahun lalu antara kurun pertama dan ketujuh Masihi ketika Mesir dijajah Empayar Rom serta Byzantine.
Bagaimanapun mumia berkenaan dipercayai orang awam kerana ditanam di dalam kubur besar-besaran tanpa barangan peribadi atau keranda, berbeza dengan golongan bangsawan atau orang penting yang disemadikan di dalam piramid atau makam.
Satu lagi perbezaan, organ dalaman mumia ini juga tidak dibuang.
Mumia ditemui itu mengelirukan pakar kerana pekan yang mungkin pernah terletak di situ terlalu kecil manakala bandar terdekat, Philadelphia-yang dinamakan sempena Raja Ptolemy II-mempunyai tanah kuburnya sendiri.
Ada juga antara mumia berkenaan yang pelik, termasuk satu dipercayai lelaki setinggi lebih 2.13 meter, malah ada juga yang dikebumi di lokasi tertentu berdasarkan warna rambut mereka.
Pengarah projek, Profesor Kerry Muhlestein dari Universiti Brigham Young berkata, satu lagi ciri pelik mumia berkenaan ialah gigi mereka hampir semua elok.
Mumia seorang budak dipercayai perempuan berusia 18 bulan juga ditemui masih memakai gelang pada lengannya.
"Mumia ini dibalut elok dan mereka cuba melakukan proses mumia lengkap kerana organ seperti otak dan lidahnya diawet elok. Nyata dia amat disayangi keluarganya," kata Muhlestein.
Sumber - dailymail.com.uk
Puting Beliung dah sampai Sabak Bernam.
![]() |
| Menakutkan..... puting beliung melanda Sabak Bernam petang semalam |
Sabak Bernam: Kejadian puting beliung di beberapa kawasan sawah di daerah ini, petang semalam menjadi bualan penduduk setempat yang ternyata terkejut dengan fenomena yang jarang berlaku itu.
Komander Operasi Kanan Bomba Selangor Mohd Hissam Sidik berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai kerosakan di di daerah ini selepas kejadian itu.
![]() |
| Kejadian puting beliung yang sempat dirakam petang semalam |
Menurutnya, antara kawasan yang dilanda puting beliung ialah Kampung Parit 1 Barat, Kampung Parit 8 Gambut, Kampung Parit 2 dan Parit 4 Sungai Haji Dorani, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit 6 dan Kampung Sungai Nipah Baroh.
Beliau berkata, setakat ini kejadian dipercayai hanya berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.
“Pihak kami juga akan memantau sekiranya kejadian ini kembali berulang dan berlakunya kerosakan pada rumah penduduk,” katanya.
Sumber - HMetro Online
Saturday, December 20, 2014
Digigit GRO panik
Johor Bahru: Seorang wanita warga Vietnam cedera di kaki selepas terjun dari tingkat empat ke tingkat tiga sebuah pusat beli-belah ketika melarikan diri dalam pemeriksaan polis di sebuah premis hiburan di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 42 tahun itu yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) di premis berkenaan dikatakan panik sebelum terjun setinggi lima meter selepas menyedari kehadiran sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 8.45 malam.
Berikutan itu, bantuan kecemasan diberikan kepada wanita terbabit sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana buku lali kaki kanannya berdarah.
Seorang anggota polis juga cedera ringan di tangan kanan selepas digigit seorang wanita ketika menjalankan pemeriksaan terbabit.
Dalam serbuan Ops Noda itu, anggota D7 diketuai Deputi Superintendan Adzli Abu Shah yang turut dibantu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara dan Kulaijaya memeriksa dua premis di pusat beli-belah terbabit.
Adzli berkata, 55 wanita warga asing yang disyaki menjadi GRO di kedua-dua premis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, 34 wanita Vietnam dan seorang dari China berusia antara 19 hingga 42 tahun ditahan ketika pemeriksaan di tingkat empat pusat beli-belah terbabit.
Katanya, pihaknya turut menahan 13 wanita China dan tujuh warga Vietnam berusia 26 hingga 50 tahun pada pemeriksaan di premis di tingkat tiga.
“Kami juga mengambil keterangan terhadap 23 lelaki dan dua wanita yang dipercayai pelanggan di kedua-dua premis berkenaan bagi membantu siasatan.
“Semua wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sumber - HMetro Online
Atas nama cinta, pengutip sampah beli isteri cincin berlian hasil dari kutipan sampah yang dijualnya. (8 gambar)
Xinjiang: Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah mendapat perhatian di Internet selepas membeli cincin berlian untuk isteri kesayangannya menggunakan wang disimpan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu.
Lelaki itu dilihat membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya. Imej yang dimuat naik ke Internet menjadi percakapan ramai yang rata-rata orang memuji perbuatannya yang disifatkan romantik itu.
Pengguna Weibo @zhelishixinjiang berkata, dia melihat lelaki dianggarkan berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya.
"Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya," lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.
Pengguna Weibo memuji kejadian itu dan menganggap kasih sayang berpanjangan antara pasangan berkenaan membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman ini.
Sumber - shanghaiist.com
Pas bidas kenyataan Guan Eng berhubung isu hudud.
KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus dibidas oleh pimpinan Pas berhubung gesaan beliau supaya PR memperjelas pendirian supaya hudud tidak dilaksanakan.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah menganggap kenyataan pemimpin kanan DAP itu tidak berasas yang beranggapan seolah-olah hudud sebagai penghalang kemenangan PR pada PRU14 akan datang.
Menurutnya, DAP sepatutnya menghormati pendirian Pas kerana ia adalah agenda perjuangan parti itu sejak dahulu.
“DAP sepatutnya menghormati kita, barulah ada pakatan. Bukan kerana pelaksanaan hukuman hudud menyebabkan kita tidak mendapat sokongan rakyat, itu hanya andaian dia sahaja bukan realiti,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata, Pas tetap tidak berganjak dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam termasuk hudud sebagaimana dijanjikan Kerajaan Kelantan untuk membawa perundangan tersebut ke Parlimen tahun depan.
Beliau berkata, hudud adalah hukum ALLAH S.W.T yang boleh memberi jaminan terhadap keharmonian dan keselamatan masyarakat di negara ini.
Jelasnya, hukuman tersebut menepati kehendak rakyat dan percaya rakyat akan memberi sokongan teguh terhadap PR bagi memastikan perkara tersebut dapat dilaksanakan.
“Dari sudut fakta, apabila kita tidak laksanakan hukum ALLAH, negara sarat dengan jenayah, tidak wujud keharmonian. DAP kena lihat positif bukan membuat andaian negatif.
“Kalau rakyat mahu keadilan, kesejahteraan, sudah tentu mereka sokong syariat ALLAH secara tidak langsung menolak tanggapan rakyat tidak beri sokongan. Usaha ini akan dapat keyakinan rakyat untuk sokong PR,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Kerajaan Pas Terengganu sebelum ini pernah menggubal kanun jenayah syariah yang diluluskan sebelum wujudnya PR dan perkara itu bukan satu rahsia yang diketahui rakan PR termasuk DAP.
Bagaimanapun, Abu Bakar tidak menolak bahawa DAP sejak dahulu lagi menolak hudud sebagaimana pendirian dikeluarkan bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh sejak dari awal.
“Pas tidak berganjak dalam perjuangan untuk menegakkan syiar ALLAH. Sepatutnya DAP tidak keluar kenyataan negatif dan hormatilah rakan dalam PR,” katanya.
Sumber - Sinar Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)




































