Kuala Lumpur : Pelakon jelita, Emma Maembong menafikan dia sudah berpisah dengan Zizan Razak dan menegaskan tiada sebarang hubungan cinta dengan pelakon Kamal Adli.
Emma berkata, beberapa hari lalu Zizan bersama Kamal dan adiknya, Chacha terbabit dalam projek kelolaan bapanya yang juga pelukis terkenal Ismail Embong.
Katanya, dia turut menemani Zizan dan sangat terkejut apabila gosip itu timbul.
“Kami (dengan Kamal) tak rapat meskipun pernah berlakon bersama. Habis kerja kami tak pernah berhubung, jadi macamana boleh timbul kami bercinta dan dia dikatakan menjemput saya di lapangan terbang. Ini semua mengarut,” katanya ketika dihubungi petang tadi bagi mengulas gosipnya itu.
Emma tidak menafikan ada pihak yang kurang senang dengan dia dan Zizan sehingga menyebarkan cerita palsu kepada media dengan tujuan menjatuhkan nama mereka.
“Kami tak takut kerana berada di pihak yang benar. Cuma saya kecewa apabila perkara ini mengundang rasa kurang senang keluarga dan ramai rakan juga tak putus-putus bertanya.
“Perkara ini juga secara tidak langsung mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap saya,” katanya.
Sumber - HMetro Online
No comments:
Post a Comment