Search This Blog

HOME

Thursday, August 7, 2014

Countdown 'Bulan Kemarahan Ummah'.

Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan NGO-NGO Islam lain mengumumkan pelancaran kempen ‘Bulan Kemarahan Ummah’ selama sebulan sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap krisis perang yang berlaku di Gaza.

Pelancaran itu akan diadakan Ahad ini, 10 Ogos di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian Awang Piut, ‘kemarahan’ yang digunakan adalah untuk mengambarkan kebangkitan rakyat Malaysia terhadap sifat kebinatangan Israel yang menyasarkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Apatah lagi peperangan tersebut adalah secara berat sebelah menerusi bantuan terang terangan Amerika untuk menindas penduduk Gaza.

Justeru, kempen ini kelak akan dilakukan secara besar-besaran untuk menyampaikan rasa benci kepada kekejaman Israel dengan cara kempen jalanan dan kempen media.

“Kempen jalanan akan digerakkan semua NGO yang terlibat dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak Aman palestin seperti flashmob produk boikot di outlet mereka , protes di kedutaan, kumpulan nasyid, Protes di kawasan tol dan lain-lain.

“Manakala kempen media pula akan digerakkan melalui laman sosial dan web seperti penulisan artikel, poster, karikatur, logo, petition online 1 juta bersama Gaza dan lain-lain,”.


Mendermalah di sini;


Sumber - Aman Palestine

No comments:

Post a Comment