Dalam masa sehari klip video Sugar Free nyanyian kumpulan T-Ara yang dilancarkan pada Rabu lalu mencecah lebih 71,000 tontonan di YouTube.
Sugar Free merupakan single lagu terbaharu mereka selepas album Number 9 pada tahun lalu.
Menariknya tentang Sugar Free, ia memberi kelainan pada kumpulan itu yang membawakan muzik genre electronic dance.
Sayangnya, klip video tersebut dilihat biasa-biasa sahaja yang hanya berlatarbelakangkan studio.
Ahli-ahlinya, Boram, Qri, Eunjung, Jiyeon, Soyeon dan Hyomin sekadar mempamerkan perut masing-masing dengan menggayakan tarian seksi.
Namun lagunya yang mesra pendengar membuatkan ia mendapat tontonan yang tinggi di YouTube.
Sumber - mStar Online
No comments:
Post a Comment