Search This Blog

HOME

Wednesday, July 31, 2013

MOHON KERJASAMA ORANGRAMAI UNTUK MEMBANTU PDRM MENGESAN PENJENAYAH INI - TOLONG SEBARKAN GAMBAR LELAKI INI.

 

Gambar Suspek lelaki cina yang membunuh pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur dua hari lepas. lelaki ini dikenali sebagai nama Sei Ngan Chai (gelaran) berusia dalam lingkungan 30an ini kerap dilihat berada dikawasan Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.


Orangramai dinasihatkan supaya jangan cuba untuk mengambil tindakan sendiri untuk memberkas lelaki ini jika terserempak dengannya, ini kerana lelaki ini sangat merbahaya dan disyaki bersenjatapi.

Gambar ditempat kejadian

Kepada anda yang mempunyai maklumat atau ternampak lelaki ini, dipohon kerjasama supaya dapat menyalurkan maklumat tersebut ke Balai Polis yang berdekatan dengan anda.

Kerjasama anda diucapkan jutaan terima kasih dan selamat menjalani ibadat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam.

Tuesday, July 30, 2013

Gangguan Hantu Earl Grey Dikedai Serbaneka di England. (Video)


Kamera litar tertutup (CCTV) disebuah kedai serbaneka di Whitestable, England telah merakam satu kejadian aneh apabila bungkusan teh terapung dan jatuh dengan sendiri tanpa disentuh oleh sesiapa.......... jom tonton video ini.






‘Saya tidak pernah nampak kejadian seperti ini sejak menjalankan perniagaan disini dan pelanggan tidak pernah memberitahu apa-apa kejadian pelik berlaku dikedainya dan saya tidak tahu apa sebenarnya ‘benda’ itu’.

Cik Newbold bersama ibu tiri dan ayahnya Michael Knowles telah menjalankan perniagaan di Whitstable sejak tahun 1970an apabila mereka membuka kedai rambut sebelum itu.

Kekejaman Syiah – Gambar Penyembelihan Beramai-Ramai Di Homs.

 


Seperti yang diramalkan selepas memusnahkan bandar itu sepenuhnya, tentera regim Bashar, shabiha dan askar upahan Hizbullah (Syiah) telah membunuh secara beramai-ramai sejumlah besar penduduk awam di bandar itu, termasuk wanita dan kanak-kanak. Di mana kebanyakan mangsa telah dibakar hidup-hidup.







Penyembelihan penduduk awam masih berterusan oleh tentera regim bashar (syiah) dengan bantuan ratusan tentera dari Iran (syiah) dan militan Hizbullah (syiah). Sebagaimana tragedi yang telah dilalui Al-Qusair dan beberapa bandar lain di wilayah Homs, Talkalakh kini sedang mengalami tragedi penyembelihan dan pembunuhan secara beramai-ramai yang amat dahsyat.

Paparan Video Yang Boleh Dijadikan Tauladan.


Kepada rakyat Malaysia, bolehke anda menjadi salah satu watak didalam iklan ini?........ jom tonton video dibawah.


Azabnya Ibu Tunggal Membesarkan Sembilan Anak-Anak.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, keazaman Puan Norah membesarkan sembilan anak tanpa suami disisi sejak tiga tahun lalu sangat dikagumi dan boleh menjadi tauladan kepada wanita yang senasib dengannya.

Bangun seawal jam tiga pagi untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak daripada pakaian mereka hinggalah sarapan dan makan tengahari ini kerana menjelang jam lima pagi Puan Norah terpaksa ketempat kerja iaitu di dapur sebuah restoran 500 meter dari rumahnya dengan gaji bulanan RM800.00

Azabnya bertambah menjelang Ramadan apabila restoran tempat dia bekerja ditutup sempena bulan puasa dan Allah S.W.T. Maha pemurah apabila seorang rakan menawarkan dia berkerja membantu jualan di Bazar Ramadan dengan upah RM30 sehari.

Bayangkan mereka yang bergaji RM8,000 pun mengatakan tidak cukup apalagi kepada Puan Norah yang hanya bergaji RM800 dengan tanggungjawab untuk memastikan sembilan anak-anaknya mendapat sesuap nasi, belum lagi kita tanyakan tentang sewa rumah dan bil-bil yang perlu dibayar olehnya.

Tentang persiapan Hari Raya, apa yang dapat dibuat oleh ibu ini dengan gaji RM30 sehari di Bazar Ramadan......... Dia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar........... Ya Allah Ya Tuhanku aku bermohon kepada Mu Ya Allah, agar Kau dapat melenyapkan keperitan, kesusahan, keazaban yang ditanggung oleh Puan Norah dan anak-anaknya........

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah, agar Kau himpunkan Para Malaikat untuk menjaga keluarga ini Ya Allah, agar tidak diganggu oleh syaitan yang akan sentiasa ingin menyesatkan ibu kepada sembilan orang anak ini...........

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah, agar Kau limpahkan rezeki yang halal kepada keluarga ini Ya Allah.

Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini bolehlah menderma di akaun BANK RAKYAT : 220971144910 diatas nama Norah Binti Alias atau jika berasa curiga boleh berhubung terus dengan wartawan Utusan Malaysia Cik Siti Zaleha Jorimai ditalian 0392322805 dan kepada anda yang tinggal berdekatan kawasan Kajang atau disekitar Lembah Kelang yang ingin memberi bantuan secara terus kepada keluarga ini bolehlah berkunjung kerumahnya dialamat :

JALAN TKP 26, TAMAN KANTAN PERMAI, KAJANG, SELANGOR.

Admin juga ingin memohon kepada yang telah membaca kisah ini agar dapat sebar atau share cerita ini kepada yang lain.

Maklumat tentang keluarga ini telah diterima oleh blog infoduniaaku daripada wartawan Utusan Malaysia Cik Siti Zaleha Jorimai setelah menghubunginya.


Kepada yang bersimpati untuk membantu, didoakan semuga Allah S.W.T. akan memelihara anda dan dimurahkan lagi rezeki anda, Amin.

MAKLUMAT PENTING, TOLONG SEBARKAN - Surah Al-Imran, ayat 6 Didalam Al-Quran (Android) Dikelirukan.


Assalamualaikum kepada semua pelawat blog ini yang beragama Islam dipohon kerjasama saudara semua supaya dapat menyebarkan maklumat penting ini.

Satu versi Al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti Ahmadiyyah/Qadiani.

Nama application itu adalah, "The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh, "Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community", telah jelas disebut dalam maklumat application dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli atau memuat turun aplikasi ini kerana didalam Surah Al-Imran, ayat 6 telah sengaja dikelirukan.

Kesalahan yang dikesan - "bil haq,bil haq,bil haq" diulang 3x sedangkan Masyaf Uthmani tiada perkataan itu.

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah/mengelirukan dan bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Admin berharap agar saudara semua dapat kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan, jiran atau kepada sesiapa jua umat Islam supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan Androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain. InshAllah.

Monday, July 29, 2013

Panglima Kiai Salleh, Pahlawan Melayu.

Allahyarham Panglima Kiai Salleh


Kiai Salleh atau Panglima Salleh, nama sebenarnya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan mempertahankan diri daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat, Johor.

Bersama rakan-rakan
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.


Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengikutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja. alauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima. Bagi mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959. 

Akibat Enggan Berkahwin, Wanita Ditembak 3 Kali Termasuk Dikepala, Tapi Masih Hidup.


Seorang wanita ditembak di kepala oleh kekasihnya telah selamat dari serangan itu setelah doktor mengeluarkan peluru dari otaknya. Lulusan seni 24 tahun dari Delhi, yang hanya dikenal sebagai Heena, ditembak tiga kali di kepala, jantung dan tangan setelah dia menolak tawaran pernikahan.

Salah satu dari tiga peluru masuk telinga kirinya mematahkan tulang tengah dan telinganya sebelum tertanam di otak. Dua lagi peluru terbenam di lengan kanannya dan jantung. CT Scan menunjukkan peluru tertanam di bahgian dalam otak.


Doktor di Lok Nayak Hospital di ibukota India mengatakan Heena sangat ‘beruntung’. Dr Amit Banerjee berkata: “Kami terkejut melihat kes seperti itu. ‘ Dia beruntung telah selamat. ” Heena masih belum pulih dari trauma setelah dia dirawat dihospital.

Dr PN Pandey, ketua bedah saraf, berkata: “Peluru itu masuk otak melalui telinga kiri dan menekan tengkorak. Tapi untungnya peluru itu tidak merosakan bahagian otak yang mengawal fungsi tubuh. ” Dia banyak kehilangan darah kerana patah tulang rusuk, pembedahan menjadi lebih kompleks dan pesakit harus diberikan beberapa unit darah.

Meskipun doktor telah menyatakan pembedahan ‘sukses’, kemungkinan infeksi dan komplikasi masih mungkin terjadi di masa depan. “Peluru itu telah merosak telinga bahagian tengahnya. ini dapat menyebabkan tuli konduktif ”, adanya penurunan getaran suara yang tidak mencapai telinga dalam akibat gangguan di telinga luar, di masa mendatang, “kata Dr Pandey. “Dia juga akan menderita pening kepala,” tambahnya.

Hotel Penjara Karosta : Hidup Seperti Banduan Di Hotel Penjara Latvia.(Gambar & Video)

 

Penjara Karosta ialah sebuah penjara lama yang terletak di Liepaja, Latvia. Ianya dahulu digunakan oleh Nazi dan Soviet sebagai penjara dan pusat penderaan musuh yang ditangkap. Dianggarkan beberapa ratus orang banduan mati akibat layanan buruk pegawai penjara ini. Selepas ditutup pada tahun 1997, Karosta diubah suia menjadi sebuah muzium bagi menunjukkan generasi masa hadapan kekejaman ketika zaman pendudukan Nazi dan Soviet di Latvia. Selain daripada itu Karosta juga berfungsi sebagai hotel dimana pelawat yang berbola besi boleh mencuba tinggal seperti banduan zaman dahulu. Pelawat yang ingin bermalam perlu menanda tangan surat perjanjian yang membenarkan diri mereka dikasari dan diherdik pegawai penjara. Mereka akan tinggal di dalam bilik penjara yang hanya dilengkapi tilam busuk dan hanya dibenarkan menggunakan tandas dua kali sehari.









Info - Kesan Letak Laptop Di Atas Katil.



Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja mmperolehi kelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Kasut Yang Paling Berat.


Dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Boot atau man-killer. Kasut ini mempunyai berat diantara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka dari larikan diri.







Sungai Terjernih Di Dunia.


Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.