Search This Blog

HOME

Saturday, July 13, 2013

Lelaki India Miliki 39 Isteri.

Keluarga besar Ziona Chana

Seorang lelaki India Ziona Chana 68 tahun, menjadi tarikan diseluruh dunia apabila dia memiliki seramai 39 orang isteri, 94 orang anak dan 33 orang cucu.

Kesemua isteri dan anak-anak serta cucu-cucunya mendiami sebuah rumah empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik di Kampung Baktwang, Daerah Mizoram dimana kesemua isteri-isterinya tidur disebuah bilik yang boleh dipanggil ‘bilik gergasi’. Kesemua isterinya terpaksa menunggu giliran untuk dapat tidur bersamanya.

Bilik tidur yang dikhaskan untuk isteri-isterinya
Ziona Chana berkata “saya merasakan seperti anak tuhan apabila diberi tanggungjawab untuk menyara kesemua isteri, anak-anak dan cucu-cucu”,

Isteri-isteri Ziona bersiap sedia untuk memasak 
“Saya juga manusia bertuah kerana memiliki 39 orang isteri dan ketua kepada sebuah keluarga yang sangat besar”.

Ziona Chana bergambar bersama isteri-isterinya
Kediaman Ziona Chana dan keluarganya
Keluarganya seolah-olah seperti sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dengan isterinya yang paling tua akan memastikan kesemua madu-madunya menjalankan tugas masing-masing seperti membasuh, mengemas dan memasak.

Hanya untuk mengisi keperluan makan malam, Ziona Chana terpaksa menyediakan 30 ekor ayam, 132lb lobak dan memasak 220lb beras.

Beliau pernah menghawini seramai 10 orang wanita didalam masa 1 tahun dan masih lagi ingin mencari wanita untuk dikhawini dan memasang impian untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk mencari isteri yang baru.



No comments:

Post a Comment