Search This Blog

HOME

Wednesday, September 25, 2013

Dia Hanya Mencari Rezeki Tetapi Dihina Dengan Perkataan DAYUS.


Isu pertengkaran isteri Mat Yo atau Nor Shahrul Idlan Talaha iaitu Siti Aisya Adam dengan seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang tempoh hari agak biasa berlaku sebenarnya dan masalah utama adalah pemandu kenderaan enggan meletak kenderaan ditempat letak kenderaan yang disediakan.

Saat manis Mat Yo dan Siti Aisya Adamsemasa persandingan mereka.
Sebenarnya isu ini tidak meletup jika tiada tangan gatal yang menguploadkannya di You Tube dan hingga kini telah dilihat oleh hampir 325,540 orang pengunjung di internet....... wow!!! meletupkan dan maka terdengarlah perkataan-perkataan yang tidak elok daripada kedua-dua mereka semasa pertengkaran tersebut berlaku, diantara perkataan yang tidak sedap didengar ialah perkataan “DAYUS”.

Astaghfirullahalazim, mohon diampunkan kepada orang yang mengucapkannya, apakah tujuannya mengucapkan perkataan seperti itu, mungkin sedang marah agaknya........... tapi kena ingat perkataan itulah yang tidak sesekali mahu didengar oleh seorang lelaki, apatah lagi lelaki itu sudah berkeluarga.

Apa kesalahan besar yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu hingga dihina dengan perkataan “DAYUS” ?.

Tahuke pengucapnya apa makna “Dayus”.

Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?.

Kalau suami puan digelar dayus sudah tentu suami puan atau puan sendiri akan marah dan melenting....... nak tanya sekali lagi apakah kesalahan besar yang dilakukannya? hingga puan sanggup mengeluarkan perkataan menghina seperti itu?.

Kepada saudara Mat Yo, apakah tindakan yang sepatutnya saudara ambil bila menghadapi situasi seperti itu?, saudara sepatutnya bertindak meleraikan pertengkaran tersebut daripada terus berlaku, apa yang susah sangat......... beredar aje dari tempat itu habis cerita. Tapi ego manusia kita tak tahu.

Bila dah jadi tengoklah akibatnya, amat mengaibkan bila perkataan yang tidak sedap didengar sudahpun didengar oleh hampir 350,000 orang mungkin lebih agaknya bilka rakaman tersebut diedarkan........... siapa yang malu sebenarnya?.

Sebab itu kita jangan suka-suka sebut sesuatu perkataan kalau kita tak tahu maksudnya,  sebab maknanya sangat-sangat mendalam dan satu penghinaan apabila kita gelarkan kepada seorang lelaki seperti pengawal keselamatan tersebut, tengok kepada rupanya saja kita sudah tahu mungkin dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, tak kesianke kita kat dia?, besar sangatke kesalahan yang dilakukannya hingga anda mengelarnya sebegitu?. Dia mungkin orang susah, tapi bila kita menghina sehingga tahap itu, sudah tentu dia akan marah, dia hanya cuma menjalankan tugas yang diamanahkan dan mencari rezeki untuk anak-anaknya. Sekali lagi nak tanya, Tak Kesianke?.

Harap-harap isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana, diharapkan kedua-dua mereka menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan berdamai, insyallah anda akan dipandang mulia jika ikhlas masing-masing memohon maaf............ Susahke?.

Ego manusia kita tak tahu, betul tak?.

Tuesday, September 24, 2013

Di Tendang Celah Kelangkang - Penjelasan Pengawal Keselamatan Isu Isteri Mat Yo. (2 Video)


Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Mat Yo dan isteri semasa menyambut hari lahirnya
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin.

Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.


Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya. Ikuti rakaman video dibawah ini dan rakaman penjelasan pengawal keselamatan yang terlibat dibawahnya.


Video pertengkaran diantara isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan


Rakaman penjelasan oleh pengawal keselamatan


Soalan pertama - Perluke dikeluarkan perkataan menghina seperti DAYUS kepada pengawal keselamatan ini, dia hanya menjalankan tugas.

Soalan kedua - Adakah kenderaan kerabat Diraja dikecualikan daripada undang-undang lalulintas?.

.......... hari ini kita buat orang, mungkin hari lain orang akan buat kat kita......... so fikir-fikirlah.

Manusia Atau Katak?. (Video)


"ANENCEPHALY". Itulah nama saintifik bagi penyakit bayi comel di atas. Penyakit dimana tulang dahi tidak terbentuk semasa didalam kandungan. Ianya terjadi disebabkan masalah genetik keluarga dan selalunya pesakit tidak dapat hidup lama selepas dilahirkan. Dalam erti kata lain, ia bakal dijadikan bidadari syurga. Bahkan akan membawa air buat ibu dan ayahnya ketika ibu dan ayahnya berhimpun di padang masyar nanti. Ia bayi suci, bukan dari dosa orang tuanya mahupun kutukan dari tuhan. Lihat video dibawah........


Kewajiban Berdakwah Kepada Yang Bukan Islam - Shah Kirit bin Kakulal Govindji


Bismillahir Rohmaanir Rohiim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Assolatu wassalam ‘ala Rasulillah wa ‘ala alihi wa ashabihi ajmain. Ammabad. A’uzubillahi minash syaitoonir Rojim. Robbish rohli sadri, wa yassirli amri, wahlul ‘udatamillisani, yafqauhuqawli. Bismillahir rohmaanir rohim. Qul huwallahu ahad. Allahus somad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang di rahmati Allah, Assalamu’alaikum warohmatulahi wabarokatuh.

Topik kita pada malam ini adalah “ Kewajipan Berda’wah”, InsyaAllah. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama saya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Pelik bukan? Kebiasaan di Malaysia, apabila seseorang itu masuk Islam, dia dikehendaki menukar nama bapa dia kepada Abdullah. Sebenarnya tidak ada satu pun nas dari Al-Qur’an mahupun Hadith Shahih yang mewajibkan seseorang yang masuk Islam mesti tukar nama bapa dia kepada Abdullah!

Saya telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibu bapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu. Tuan-tuan dan puan-puan mesti hairankan. Ini adalah kerana didalam Islam kita percaya bahawa setiap kanak-kanak di dunia ini dilahirkan dalam fitrah Islam tetapi ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang ‘Free Thinker’. Justeru itu saya lebih suka menggunakan perkataan ‘Revert’ daripada ‘Convert’ apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap ‘direct’ kerana di kalangan masyarakat kita ada sejenis ‘penyakit’, termasuklah dikalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti “kenapa mau masuk Islam? Kalau tak ada perempuan Melayu memang tak sah!” Salah kah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.


Kalau kita perhati keadaan sekeliling, kita akan dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka. Dahlah tak buat kerja, nak sindir orang pula!

Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai da’wah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi.

Allah swt mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”. Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini.

Allah swt memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam didalam surah Ali Imran 3:110 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia”. Kita pun rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggung-jawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah tanggung-jawab yang harus dipikul. Tanggung-jawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar ‘sebaik-baik umat’ juga disebut dalam ayat yang sama; “(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah”. Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat ‘amar maaruf nahi munkar’ iaitu melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak.

Allah swt mengatakan didalam surah Al-Ikhlas 103:1-3 “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”. ‘Berpesan-pesan dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amal maaruf nahi munkar’ yakni melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggung-jawab melakukan da’wah bukan tugas ustaz, imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah tanggung-jawab setiap orang Islam.

Didalam Khutbah terakhir, Rasulullah saw telah bertanya kepada para sahabah yang tidak kurang dari 110,000 orang “Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam” dan para sahabah pun secara serentak menjawab “Ya Rasulullah! Kau telah sampaikan”. Maka Rasulullah saw seterusnya memerintahkan mereka “Siapa-siapa yang hadir disini, sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir”. Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah saw lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan da’wah Islamiah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri Cina, India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.

Didalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda “sampaikanlah walau satu ayat”. Kita tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam menyampaikan da’wah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam Qur’an, kita boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat. Sekurang-kurangnya kita tahu ‘La ilaha ilallah’, maka sampaikanlah ia.

Dewasa ini dunia kita sudah berubah menjadi materialistic. Setiap perkara yang dilakukan mesti ada ganjaran atau keuntungan. Allah swt mengajak kita berniaga denganNya dalam Surah As-Saff 61:10-11 “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu”.

Kini bila berniaga kita hendak tahu peratusan keuntungannya. Keuntungan yang dijanjikan oleh Allah swt dalam Surah Al-Baqarah 2:261 adalah “Bandingan (derma) orang-orang yang belanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Yakni setiap satu biji benih tumbuh menjadi tujuh ratus biji benih. Didalam bahasa perniagaan, ini adalah keuntungan yang tidak kurang dari 70,000%! Mana ada perniagaan lain didunia ini yang menjamin 100% pulangan keuntungan sehingga 70,000%?

‘Master key’ untuk melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali Imram 3:64 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”

Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya diperingkat permulaan kita hanya menggunakan Al-Qur’an dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini tidak percaya atau tidak yakin kerana mereka belum beriman kepada Al-Qur’an. Sekiaranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah beberapa hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian:

“My Father is greater than I” [John 14:28]
“My father is greater than all” [John 10:29]
“…I cast out devil by the spirit of God…” [Matthew 12:28]
“…I with the finger of God cast out devils…” [Luke 11:20]
“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I
seek not my own will, but the will of the Father which hath sent me.” [John 5:30]
“…and the word which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me.” [John 14:24]
“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad.”
“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]

Apabila kita mulakan da’wah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas 112”1-4 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tiada diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya’.”

Seterusnya kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan didalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular dikalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:

“ Those whose intelligence has been stolen by material desires surrender unto demigods and follow the particular rules and regulations of worship according to their own natures.” [Bhagavad Gita 7:20]

“Ekam evadvitiyam”
“He is One only without a second” [Chandogya Upanishad 6:2:1] 1

“Na casya kascij janita na cadhipah.”
“Of Him there are neither parents nor lord.” [Svetasvatara Upanishad 6:9] 2

“Na tasya pratima asti”
“There is no likeness of Him” [Svetasvatara Upanishad 4:19] 3

“Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.”
“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.”
[Svetasvatara Upanishad 4:20] 4

“Na tasya pratima asti”
“There is no image of Him” [Yajurveda 32:3] 5

“Shudhama poapvidham”
“He is bodiless and pure” [Yajurveda 40:8] 6

“Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste”
“They enter darkness, those who worship the natural elements” (Air, water, fire, etc.).
“They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti (created things; table, chair, idol etc.).” [Yajurveda 40:9] 7

Brahma Sutra of Hinduism:
“Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste Kinchan”
“There is only one God, not the second;
Not at all, not at all, not in the least bit”.

Namun begitu dalam kita menyampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam, adalah penting kita sentiasa mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Allah swt didalam Surah An-Nahl 16:125 “Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.

Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan menasihatkan dengan cara pengajaran yang baik dan lemah lembut bila menyampaikan da’wah Islamiah kepada orang-orang bukan Islam? Jarang sekali. Kebiasaannya bila ada orang bertanya mengenai Islam, jawaban yang lazim diberikan adalah; “Dalam Islam kita mesti sembahyang 5 kali sehari, Bulan Ramadhan mesti puasa satu bulan dari pagi sampai senja – tidak boleh makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak boleh makan ‘kerbau pendek’ (khinzir), tidak boleh minum (arak), mesti kena ‘potong’ dulu (berkhatan), pergi masjid mesti pakai songkok dan kain, kalau pergi solat Hari Raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah tanpa memakai baju Melayu!) dan bermacam-macam lagi. Saya perhatikan bahawa kita sebenarnya lebih banyak ‘meMelayukan’ seseorang yang masuk Islam dari mengIslamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini adalah satu agama yang sangat menyusahkan umatnya.

Sepatutnya kita jangan terlalu tekan berkenaan fikah (halal dan haram) pada peringkat permulaan. Yang harus diutamakan adalah tauhid, apabila iman dia sudah mantap barulah kita sampaikan bab fikah secara beransur-ansur ikut kemampuan seseorang individu. Bila iman sudah kukuh dihati, seseorang itu akan mengerjakan perintah Allah tanpa perlu disuruh, InsyaAllah.

Saya ingin mengajak semua yang hadir disini termasuklah diri saya agar marilah kita semua bangun. Bukannya bangun dari tempat duduk tetapi marilah kita bangun tidur kita. Kita telah lama tidur dengan mata celik. Marilah kita bangun dan laksanakan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita untuk menyampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah kepada sesama Islam.

Berhenti dari memberikan alasan. Bila saya mengajak orang untuk berda’wah, mereka selalu memberikan alasan dan minta tunggu. Hendak tunggu apa lagi? Allah swt memberika amaran kepada kita dalam Surah At-Taubah 9:24 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-oramg yang fasik (derhaka)”. Hari ini kita orang-orang Islam masih lagi tunggu!

Marilah kita berhenti dari memberikan alasan-alasan seperti berikut:

a) Tunggulah saya pandai – sampai bila-bila pun kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sekali lagi saya rujuk kepada hadith diatas iaitu; “Sampaikanlah walau satu ayat”.

b) Tunggu bila ada orang bertanya baru nak cerita tentang Islam – sekali lagi saya rujuk kepada petikan dari Khutbah terakhir Rasulullah saw; “Siapa-siapa yang hadir disini sampaikanlah kepada yang tidak hadir”.

c) Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan da’wah – di zaman Nabi Muhammad s.a.w. terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda dari memberikan da’wah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatu padukan semua kaum tersebut dibawah panji Islam!

d) Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur dalam hal orang lain – Dalam Islam ia menjadi tanggung-jawab semua orang-orang Islam mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan perkara akidah; ‘amal maaruf nahi munkar’.

Saya akhiri dengan sketsa berikut; bayangkanlah suatu hujung minggu kita pergi berkelah bersama keluarga ke pusat peranginan di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai ke puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama dengan keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.

Tuan-tuan dan puan-puan, sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.

Wa akhiri da’wana anil hamdulillahi Robbil ‘alamin.

Rujukan:

1. [The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 447 and 448]
[Sacred Books of the East, volume 1 ‘The Upanihads part 1’ page 93]

2. [The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 745]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 263]

3. [The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 736 and 737]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 253]

4. [The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 737]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 253]

5. [Yajurveda by Devi Chand M.A. page 377]

6. [Yajurveda Samhita by Ralph T.H. Griffith 538]


7. [Yajurveda Samhita by Ralph T.H. Griffith 538]

Shah Kirit - Mematah Hujah Kristian Mahu Guna Kalimah Allah. (Video)


Shah Kirit Kakulal Govindji, asalnya beragama Hindu telah memeluk Islam pada tahun 1996. Pada tahun 1999, beliau mengembara ke Mumbai, India untuk mengambil bahagian dalam intensif perbandingan agama kursus “Program Latihan Dakwah Antarabangsa” yang dianjurkan oleh tokoh dakwah terkenal di dunia Dr Zakir Naik, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam (IRF).

Sejak itu, Brother Shah Kirit mulai aktif bercakap pelbagai topik dalam ‘Dialog Antara Agama’ anjuran universiti tempatan, NGO, badan agama dan jabatan kerajaan.

Brother Shah Kirit juga adalah Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation, sebuah organisasi dakwah untuk memberi informasi mengenai agama Islam yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan pengurus syarikat penerbitan, Saba Islamic Media Sdn. Bhd. cawangan Maju Junction.

Ikutilah rakaman ceramah Brother Shah Kirit (video di bawah) di Masjid Al-Azim Pandang Indah pada 17 Januari 2013 yang dirakamkan A Karim Omar.


Dalam rakaman itu, Brother Shah Kirit bercakap berkenaan isu kalimah Allah dan cara-cara mematikan hujahnya.


Monday, September 23, 2013

Kisah Taubat Seorang Lelaki.


Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah.

Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”

Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.

“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.

“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.

Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.

“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.

“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”

“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.

“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.

“Boleh juga,” kata Zun Nun.

“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.

Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.

Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang.

Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”

Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.

“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu.

“Maka dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”

Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya.

Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.

*begitulah taubat para orang yang alim, merasakan setiap setiap kesalahan yang kita anggap ringan, sebagai suatu perkara yg menghalang dari syurga. Jadi dimanakah tahap kita? adakah syurga itu sudah terjamin untuk kita?.

Janji Dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita.

Gambar hiasan

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).


4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.


5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."


6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.


7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Sunday, September 22, 2013

Lelaki Tidur Dalam Kubur Selama 15 Tahun.



Berada dalam alam kubur merupakan alam persinggahan sebelum kita berpindah ke alam lain. Di sinilah kita akan ditanya oleh Malaikat tentang siapakah tuhan kita dan lain-lain lagi. Namun terdapat seorang lelaki memilih untuk tinggal di dalam kubur. Kubur yang didiami itu, bukanlah kubur di rumahnya, tetapi lubang kubur itu merupakan liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Boleh lihat gambar di bawah ini. Berani betul!


Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.




“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya.

Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap.

Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya saya takut, tetapi lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.



“Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan berkenaan.

Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua meter persegi itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai,” katanya.

Manusia Dah Macam-Macam Gila - Jutawan Tanam Kereta Untuk Guna Lepas Mati.



Sao Paolo: Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.

Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak. Esok (hari ini), dia akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.

SCARPA di depan lubang yang digali untuk menanam Bentley kesayangannya.
Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!” Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.

Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya. 

Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.” Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu. “Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya. Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang.

Saturday, September 21, 2013

Video Lawak Giler....... Untung Lelaki Ini Bersin 3 Kali Dapat Binatang.


Sapa yang tak nak bila bersin keluar binatang yang boleh kita pelihara............. tak payah nak beli free beb......... itu yang terjadi kat lelaki didalam video ini, 3 kali dia bersin dapat binatang keluar daripada lubang hidungnya.......... tengoklah yer videonya.


Lepas nonton videonya kalau nak share apa salahnyer, janganlah malu......... freeeeeeeeeeee

Pelik Tapi Benar - Tengok Ajelah Kebolehan Lelaki Ini (Video)

Bolehke anda lakukan seperti lelaki ini..........


Semua Mesti Baca : Kisah Ngeri Disebalik Kematian Pahlawan Negara


Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Semporna.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin.

Sebagai tanda TERIMA KASIH kita kepada anggota keselamatan yang sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan kita semua , sama-samalah kita SHARE / KONGSI artikel ini agar semua masyarakat mengerti akan betapa besarnya pengorbanan anggota dan pegawai Polis diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia didalam menjaga keselamatan rakyat negara ini.

Jangan abaikan gambar ini !


Bagi yang melihat gambar ini, sempatkanlah diri untuk menulis ‘‘AMIN’’ di ruangan komen.

Dengan rendah hati, sekali lagi saya mohon rakan2 fB supaya doakan moga Allah S.W.T. meringankan penderitaan adik ini. Please everyone here pray for her..thanks a lot n may Allah bless u all !

"Ya Allah permudahkanlah adik ini untuk mendapat kesembuhan dari penyakit ini , permudahkanlah kehidupannya dan berikanlah kesabarannya kepadanya & keluarganya utk menempuhi ujian ini "

hanya orang yg tak punya perasaan sahaja yang akan mengabaikan gambar ini tanpa mendoakannya..

Jangan lupa klik " LIKE " dan " SHARE " ya Sahabat.

Tuliskan kata “Aamiiin” di ruangan komen , Semoga Allah mengabulkan Doa kita.

Hospital Paling Seram Di Dunia.


Pernahkah anda mendengar kisah-kisah seram dari hospital? Tak boleh dinafikan memang bahawa hospital seringkali mempunyai cerita menyeramkan sama ada ia berkait dengan makhluk halus atau hal lain.

Kisah seram bukanlah hal bohong, kerana ada hospital di dunia ini yang dianggap sangat seram sehingga lebih baik kamu menghindarinya jika harus dirawat di sana.

Seperti apa kisah seramnya? Boleh percaya atau tidak, mari kita lihat..

Nocton Hall awalnya adalah sebuah rumah mewah sampai Perang Dunia II ketika diambil alih pasukan Amerika sebagai tempat untuk tentera cedera sehingga Perang Teluk. Bangunan ini kemudian ditinggalkan pada 1995. Cerita hantu yang terkenal adalah adanya suara gadis muda menangis namun tidak ada sosoknya. Orang-orang percaya bahawa gadis muda itu adalah pelayan yang menjadi mangsa perkosaan dan pembunuhan anak pemilik rumah mewah Nocton Hall. 


Severall - Britain

Hospital Severall di Britain ini juga dikenali atas kaedah rawatan aneh dan mengerikan terhadap pesakit sakit mental seperti lobotomi frontal sampai terapi kejutan elektrik. Dibuka pada tahun 1913, Severall ditutup pada 1990an. Namun tidak bagi pemburu hantu, kemudahan bilik mayat dengan khabar angin seringnya suara menyayat hati misteri terdengar menjadi alasan mereka datang.
 


 Ararat Lunatic - Australia

Ketika ini rumah sakit jiwa ini dikenal dengan nama Aradale. Namun semasa dibuka pada 1867 diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi yang terbesar di Australia. Namun asylum ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Selama 130 tahun beroperasi, ada 13 ribu pesakit meninggal. Maka tak hairan muncul kisah angker di sana, termasuk adanya pelancongan bilik mayat. Mahu cuba?.
 


 Beechworth Lunatic - Australia

Awalnya hospital sakit jiwa ini dikenal dengan nama Mayday Hills Lunatic dan rupanya Beechworth ini merupakan 'saudara' dari rumah sakit Ararat di Australia dan dibuka selama 128 tahun sebelum akhirnya tutup pada 1995. Kisah mengerikan yang muncul di Beechworth adalah doktor yang menggunakan pesakit sebagai objek eksperimen gila mereka. Ada 9,000 pesakit yang meninggal di Beechworth termasuk gadis muda misteri yang dilempar keluar tingkap.
  

Sai Ying Pun Psychiatry - Hong Kong

Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Namun rupanya mempunyai gelaran sebagai Rumah Hantu High Street kerana banyaknya cerita seram yang muncul. Awalnya hospital ini menjadi tempat tinggal staff jururawat sampai Perang Dunia II. Khabarnya tentera Jepun menggunakan bangunan ini sebagai ruang eksekusi. Sehingga cerita suara wanita menangis misteri, roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong menjadi cerita normal di sini.


Taunton State - Amerika Syarikat

Taunton State dibangun pada 1854 sebagai hospital sakit jiwa dan mempunyai sejarah mengerikan. Salah satunya adalah Jane Toppan, seorang pembunuh bersiri yang sudah menghabisi nyawa 31 jururawat. Bahkan khabar angin juga menyebutkan adanya doktor dan jururawat yang melakukan ritual syaitan dengan mengorbankan salah satu pesakit. Belum lagi penglihatan bayangan lelaki misteri menjadi hal biasa yang boleh kamu lihat semasa  berkunjung.


Athens Mental - Amerika Syarikat

Hospital sakit jiwa Athens ini dibuka pada 1874 dan selama bertahun-tahun menerima pesakit gila. Pada 1950-an, hospital ini merawat lebih daripada 1,800 pesakit dan terkenal kerana prosedur lobotomi yang mengerikan. Anehnya, hospital ini merahsiakan dengan ketat identiti pesakit. Belum lagi dengan ditemukannya 1900 mayat di bawah bangunan. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada 1978 dan dijumpai setahun kemudian di bangsal dengan percikan darah di lantai yang dapat dilihat sampai saat ini.


Royal Hope - Amerika Syarikat

Terletak di St. Augustine, Florida,hospital Royal Hope awalnya adalah rumah sakit tentera yang digunakan pada 1784-1821 sebelum akhirnya dihancurkan. Ketika dibina semula dan memperbaiki saluran air, beberapa pekerja bangunan mendapati bahawa hospital itu dibina di atas kuburan lama. Hal itu yang membuat seringnya kejadian tak masuk akal seperti peralatan perubatan yang bergerak sendiri, ada yang bergerak di bawah kaki dan cerita seram lain yang membuat Royal Hope menjadi salah satu tempat berhantu di Florida.


Hospital lama Changi - Singapura

Dibina pada 1935, hospital lama Changi menjadi salah satu laman yang paling berhantu di Singapura selama bertahun-tahun. Saat dibina pertama kalinya, bangunan ini adalah hospital tentera yang kemudiannya dijadikan penjara oleh tentera Jepun sampai ruang penyiksaan. Pada 1997, hospital ini berhenti beroperasi dan ditinggalkan. Banyak pemburu hantu cuba merakam aktviti supranatural di sini dan mencari penemuan mengerikan seperti suara mahupun penampakan misteri.


Tranquille Sanatorium - Kanada

Tranquille Sanatorium terletak di berhampiran tasik Kamloops, Kanada. Awalnya tempat ini digunakan untuk merawat pesakit batuk kering dan akhirnya menjadi hospital pada 1907. Namun pada 1950-an Tranquille ditutup. Semenjak itu kisah seram terus muncul seperti ada bola mengembang sendiri di malam hari atau suasana sejuk yang tak masuk akal. Bahkan ada khabar angin mengenai jururawat yang dibunuh oleh pesakitnya.