Keadaan Fernando Caleb Alvarado Rios selepas kejadian itu |
MEXICO – Ia merupakan kejadian yang menakutkan. Kini perbuatan kejam yang dilakukan oleh seorang ibu bersama lima saudaranya yang juga pemuja syaitan menerima balasan.
Mereka dihukum penjara 30 tahun kerana mencungkil mata seorang budak lelaki bernama Fernando Caleb Alvarado Rios dengan sudu, dalam satu upacara ritual bagi menyeru syaitan dua tahun lalu.
Ibu Fernando, Maria Del Carmen Garcia Rios dihukum penjara 30 tahun |
Dalam kejadian itu, Fernando telah diarahkan oleh ibunya untuk menutup mata ketika nenek, ibu dan bapa saudaranya menari-nari dalam satu pusingan sambal menyeru syaitan.
Namun apabila Fernando terlalu takut untuk melakukannya, ibunya, Maria Del Carmen Garcia Rios telah mengambil sudu dan seluruh kumpulan itu kemudiannya mencungkil mata budak tersebut.
Kejadian itu disedari selepas jiran-jiran mendenga jeritan Fernando yang daam kesakitan. Mereka kemudiannya menghubungi Polis.
Fernando kini ditempatkan di rumah kebajikan. |
Keadaan Fernando semakin pulih bermain dengan Governor Mexico dengan memakai cermin mata
Keluarga itu mendakwa mereka menyeru syaitan kerana mahu menjadi pengikutnya bagi menyelamatkan mereka daripada gempa bumi.
Menurut jiran-jirannya mereka tidak percaya keluarga itu penyembah syaitan sebelum ini kerana mereka kelihatan seperti keluarga yang taat dengan agama mereka.
No comments:
Post a Comment