Search This Blog

HOME

Sunday, October 13, 2013

Alhamdulillah, Di Malaysia Kalimah Allah Hak Milik Islam, Tidak Boleh Digunakan Dalam Majalah Mingguan The Herald.


PUTRAJAYA 14 Okt. - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut.

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan.

No comments:

Post a Comment