Search This Blog

HOME

Sunday, October 27, 2013

ISMA : Komen Nurul Izzah Tentang COMANGO Tidak Matang


Nurul Izzah

Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdul Rahman Mat Dali berpendapat komen Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan isu Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) sebagai tidak melambangkan kematangannya sebagai seorang pemimpin.

“Dalam hal ini sekiranya dia meletakkan Islam yang tertinggi di samping mahu mengekalkan identiti negara, sudah pasti dia tidak berkata sedemikian.

“Tetapi sebaliknya kerana dia melihat Islam bukanlah kepentingan tertinggi, memang wajarlah kenyaataannya bahawa COMANGO tidak berbahaya.

“Sebagai pemimpin beliau perlu matang dalam memberi komentar dan jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan,” katanya kepada Ismaweb.

Semalam, Nurul Izzah menyatakan bahawa tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva sebagai tidak membahayakan negara.

“Tidak bahayakan negara,” katanya dipetik oleh Sinar Harian.

Tuntutan COMANGO antara lain menyentuh kedudukan Islam di negara ini apabila gabungan berkenaan mahu setiap warga negara ini diberi kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan.

Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau ‘perkahwinan’ golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.

COMANGO turut membantah pusat-pusat aktiviti LGBT diserbu pihak berkuasa.

Sumber

No comments:

Post a Comment