Search This Blog

HOME

Sunday, October 27, 2013

Hantu Jaringkan Gol Diperlawanan Bolasepak Liga Jerman. (Video)



Gol yang menjadi pertikaian

Leverkusen, Jerman - Perlawanan bolasepak liga Jerman diantara Bayer Leverkusen menentang Hoffenheim menjadi kecoh sehingga penonton bolasepak mengelarkannya ‘Gol Hantu’ apabila tandukan pemain Bayer Leverkusen, Stefan Kiessling menerjah kejaring hasil daripada sepakan sudut walaupun pemain itu sendiri sudah memegang kepala kerana kecewa tandukannya sebenarnya keluar disebelah kanan gol.

Stefan Kiessling
Pengadil tanpa ragu-ragu meniupkan wisel memberikan gol kepada Pasukan Bayern Leverkusen walaupun Stefan Kiessling sendiri mengakui bola tandukannya tidak menerjah kejaring dan setelah menoleh semula kearah pintu gol dia hairan bagaimana bola tersebut berada didalam jaring dan menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya.

Stefan Kiessling sendiri menerima kecaman hebat terutama dari penyokong Hoffenheim kerana tidak bersikap 'gentleman' walaupun dia sendiri ingin mengatakan kepada pengadil Felix Brych bola tersebut tidak masuk.

Rakaman perlawanan tersebut telah di upload di Youtube dan memang benar tandukan oleh Stefan Kiessling tidak masuk hanya menerjah disebelah kanan jaring jika dilihat rakaman dari sebelah belakang, namun rakaman dari sebelah hadapan memaparkan tandukan Stefan Kiessling memang masuk kedalam gol.

Pemain-pemain simpanan Pasukan Hoffenheim yang sedang ‘warm-up’ dibelakang tiang gol mengesan ada jaring yang telah koyak dan ini dilihat sendiri oleh pengadil dan pegawai perlawanan selepas dibantah oleh penjaga gol dan lain-lain pemain,  namun keputusan pengadil adalah muktamat.

Pihak Hoffenheim telah membuat bantahan sehingga ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa supaya diadakan perlawanan semula.

Kejadian seperti ini pernah berlaku terhadap penyerang antarabangsa Jerman, Miroslav Klose ketika mewakili Lazio, telah meminta pengadil membatalkan gol jaringannya semasa perlawanan pasukannya menentang Napoli apabila beliau mengakui telah menggunakan tangan semasa menjaringkan gol dan pengadil telah membatalkan jaringan tersebut. 

Ini tidak berlaku kepada pemain legenda Argentina, Maradona yang menggunakan tangan ketika menjaringkan gol semasa perlawanan menentang England di Piala Dunia, malah mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina apabila mengatakan “Tangan Tuhan” yang menjaringkan gol itu.
  

No comments:

Post a Comment