Search This Blog

HOME

Saturday, October 26, 2013

Disahkan Mati, Lelaki Sedang Di “Bedah Siasat” Bangun Dari Katil Sebab Sakit Dipotong Mukanya.


Carlos Camejo masih menyimpan bersama dokumen arahan ‘bedah siasat’ keatasnya.


Apa yang anda lakukan jika anda seorang doktor yang sedang melakukan bedah siasat tiba-tiba mayat yang hendak dibedah itu meraung kesakitan akibat tusukan pisau yang anda gunakan?.

Itu yang terjadi kepada seorang lelaki yang mengalami kemalangan jalanraya yang dasyat sehingga kereta yang dipandunya leper seolah-olah dihempap telah disahkan mati.

Kenderaan yang digunakan Carlos Camejo leper
Sejurus selepas kemalangan tersebut lelaki itu telah dibawa kebilik bedah untuk para doktor melakukan prosuder bedah siasat untuk mengesahkan kematiannya.

Sebaik sahaja doktor memotong sebahagain daripada mukanya doktor mendapati keluar darah dan mereka sedar bahawa lelaki tersebut masih hidup apa lagi kelam kabut doktor tersebut mencari jarum untuk dijahit semula bekas potongan tersebut.

“Saya bangun kerana terasa sakit yang amat sangat”, kata Carlos Camejo 33 tahun.

Isterinya yang didalam kesedihan sedang menanti diluar bilik bedah telah dipanggil masuk dan terkejut mendapati suaminya yang telah disahkan mati masih hidup.

Sehingga kini bekas torehan tersebut masih ada dimuka Carlos Camejo dan beliau telah menyimpan dokumen arahan ‘bedah siasat’ keatasnya.

No comments:

Post a Comment