Search This Blog

HOME

Monday, October 28, 2013

Gaya Artis Malaysia - Fizo Omar Melamar Mawar Didalam Pawagam.


Petaling Jaya: Pelakon dan pengacara Fizo Omar, 28, mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Mawar Abdul Karim, 24, pada 10 November depan di kediaman keluarga perempuan di Country Heights, Kajang.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, majlis pertunangan dengan Mawar diadakan sehari sebelum itu pada waktu dan lokasi sama.

“Insya-Allah jika semua berjalan lancar kami akan bertunang pada 9 November jam 9 pagi di kediaman keluarga Mawar dan bernikah pada keesokan hari juga pada waktu dan lokasi sama.

“Kedua-dua majlis ini disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi Lemak Kopi O di TV9,” katanya pada sidang media selepas gimik melamar Pengurus Pemasaran Tudung Fareeda itu di pawagam Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, semalam.

Terdahulu, keluarga Fizo merisik Mawar pada 26 Ogos lalu dalam satu majlis ringkas selepas mereka berkawan rapat sejak enam bulan lalu.

No comments:

Post a Comment