Search This Blog

HOME

Thursday, October 24, 2013

FBI Tinggalkan Hot FM?.


FBI atau Faizal Ismail pagi ini melalui akaun Twitter beliau, Faizal Ismail menulis satu kemaskini yang membuatkan para peminat tertanya tanya. Faizal Ismail menulis yang beliau secara rami meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.



“Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan saya sebagai penyampai (radio) Hot FM dengan notis berkuatkuasa hari ini 24 oktober 2013,” tulis Faizal Ismail ringkas & kemaskini itu kini menerima hampir 500 retweets sehingga artikel ini dikeluarkan.

Faizal Ismail dizaman rock
Rata rata peminat yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Faizal Ismail ini sedih dengan keputusan beliau untuk meninggalkan kerusi penyampai radio di Hot FM.


Manakala pihak Hot FM mengesahkan yang Faizal Ismail akan meninggalkan stesen radio tersebut bermula 16 November 2013 kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan yang baru dimulakan tetapi akan bekerja secara sambilan di Hot FM.

Kenyataan daripada pihak Hot FM: 

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013. Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013. FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima anugerah penyampai radio lelaki popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan. Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti. Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang." 

No comments:

Post a Comment