Search This Blog

HOME

Thursday, October 24, 2013

Tolong Sebarkan Gambar Pembunuh Celaka Ini.


Tolong sebarkan gambar pembunuh celaka ini...........


Jangan cakap, maki dan kutuk sahaja. sebarkan gambar ini dan lapor segera kepada polis sekiranya anda tahu maklumat berkaitan pembunuh kejam ini!!!

Kawalan sempadan di semua perairan negara ditingkat dan diperketatkan kawalan. security guard tu rupanya orang sulawesi. PDRM dah kesan talian komunikasi antara pembunuh tu dengan family dia di sulawesi. Sebenarnya pembunuh ini guna MyCard palsu.

Suami kehilangan isteri tersayang, anak kehilangan ibu, suasana pilu ditanah perkuburan......
Dipercayai pembunuh ini sedang cuba lolos dari negara ini menggunakan laluan tikus untuk kembali ke negaranya melalui laut China Selatan.

Pihak KDN telah mengambil tindakan drastik apabila membatalkan lesen syarikat pengawal keselamatan tersebut kerana tidak mengikut prosedur (SOP) dalam menyaring bakal pekerja dengan sistem maklumat berpusat JPN dan PDRM dan diberitakan syarikat tersebut baru sahaja mengemukakan permohonan tapisan keselamatan terhadap pengawal keselamatan berkenaan hari ini, iaitu selepas kejadian tersebut berlaku.

Pengawal keselamatan itu sendiri belum lagi melalui tapisan keselamatan dengan PDRM dan sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan senjatapi, tetapi pihak syarikat telah membenarkannya. 

Diberitakan pihak PDRM telah berjaya mengesan panggilan telefon pembunuh tersebut dan Ketua Polis Negara didalam twitternya telah berkata bahawa pihak polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam, "semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh pegawai Ambank ini."

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

No comments:

Post a Comment