Search This Blog

HOME

Tuesday, October 29, 2013

Kerana Isu Wanita Tidak Dibenarkan Memandu Di Arab Saudi - Video Ini Telah Ditonton Oleh 5.2 Juta Orang.




Oleh kerana bantahan beramai-ramai wanita Arab Saudi terhadap undang-undang melarang mereka memandu, telah terbit sebuah video satira yang kini menjadi tontonan lebih 5.2 juta orang.

Video berjudul ‘No Woman No Drive’ yang diubahsuai daripada lagu asal Bob Marley ‘No Woman No Cry’ itu telah dinyanyikan oleh pelawak Hisham Fageh, sebagai respon terhadap bantahan wanita dinegaranya terhadap undang-undang memandu itu.

Pelawak yang berusia 26 tahun itu bertindak bijak apabila beliau menyembunyikan samada dia menyokong undang-undang itu atau tidak.


Video yang sebelum ini begitu popular di Arab Saudi telah menjadi perhatian mendadak di Afrika Selatan hingga ke Denmark dan Kanada dan kini diberitakan hampir keseluruh dunia........ jom saksikan video ini............   


 

No comments:

Post a Comment