Search This Blog

HOME

Thursday, May 15, 2014

10 suspek kes samun, bunuh diberkas.

Tahniah PDRM

Seremban: Polis berjaya menahan 10 suspek di Teluk Intan, Perak dan Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis dan Ahad lalu yang terbabit kes samun dan bunuh seorang lelaki di rumahnya di Taman Mahsan, Bahau, Jempol dalam kejadian 3 pagi pada 3 Mei lalu.

Ketua polis negeri Datuk Osman Salleh berkata, lelaki berkenaan yang tidak bekerja ditetak di bahagian badan, kaki dan tangan sebelum dia dan ahli keluarganya diikat.

Katanya, mangsa berusia 50 an itu kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah oleh keluarganya yang meloloskan diri dari ikatan namun disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, siasatan dijalankan pihaknya berjaya menahan 7 lelaki terbabit kes itu di Teluk Intan pada Khamis lalu sebelum 3 lagi suspek iaitu dua lelaki dan seorang perempuan ditahan di Cheras pada Ahad lalu.

Katanya, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 50 an.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam perkembangan semasa, Osman berkata pihaknya turut menahan 7 suspek di Ladang Tanah Merah, Port Dickson yang terbabit kes samun dan bunuh seorang pekerja kilang perabot di Bukit Pelandok, di sini, Sabtu lalu.

Menurutnya, kes juga disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber - myMetro

No comments:

Post a Comment