Search This Blog

HOME

Thursday, May 8, 2014

PDRM tahan suspek pengganas dikehendaki Interpol


Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 34 tahun dari Afrika Timur yang dikehendaki Interpol kerana pembabitannya dalam aktiviti kumpulan pengganas Al-Shabab ditahan dalam satu operasi khas di Selangor, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman melancarkan operasi khas bagi menahan suspek yang bersembunyi di Selangor.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan susulan ke atas aktiviti suspek di Malaysia untuk mengenal pasti rangkaian kumpulan Al-Shabab yang kemungkinan bersembunyi dalam negara atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIa Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya dalam kenyataan.

Suspek itu juga disenaraikan dalam 'Interpol Red Notice' iaitu pemburuan orang dikehendaki dengan tujuan penyerahan balik atau tindakan undang-undang berkaitan.

Sumber - Harian Metro

No comments:

Post a Comment