Search This Blog

HOME

Wednesday, May 7, 2014

Abdullah Zaik pertahan kenyataan pencerobohan Cina.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman

SHAH ALAM: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, beliau tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa orang Cina yang datang ke Tanah Melayu melakukan pencerobohan.

Beliau berkata, ini kerana kenyataan tersebut termasuk mempersoalkan kerakyatan dan kekayaan diberikan kepada orang Cina, adalah tidak salah kerana berdasarkan fakta sejarah.

"Mengapa saya perlu memohon maaf untuk apa yang saya kata sebagai satu fakta sejarah; Cina terlupa asal-usul mereka, jadi saya mesti mengingatkan mereka.

"Saya enggan memohon maaf, mereka (Cina) yang perlu berhati-hati dengan perasaan kita (orang Melayu).

"Mereka tidak seharusnya meminta kita saja yang menjaga perasaan mereka," katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke parti itu membuat laporan polis terhadap Abdullah atas kenyataannya terhadap masyarakat Cina.

Hari ini DAP dan MCA membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memulakan siasatan ke atas Abdullah di bawah Akta Hasutan.

Abdullah berkata, beliau tidak terganggu dengan siasatan yang dimulakan polis terhadapnya, dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis.

"DAP sepatutnya lebih demokratik, kenapa saya tidak dibenarkan untuk mengatakan apa yang saya ingin? Mereka mendakwa mereka berjuang untuk kebebasan bersuara, tetapi jelas mereka tidak.

"Tindakan mereka menunjukkan mereka tidak gentlemen," katanya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan di laman web www.ismaweb.net, Abdullah menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan.

“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” kata Abdullah.

Tambah beliau juga, ini merupakan satu kesilapan orang Melayu terdahulu yang harus diperbetulkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini,” tegasnya.

Abdullah berkata demikian sebagai mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.

Sebagai balasan kepada kenyataan itu, ada pihak yang mendakwa bahawa orang bukan Islam telah banyak menyumbang kepada negara contohnya dalam bidang perlombongan dan perladangan sejak sebelum merdeka.

Menurut Abdullah, jika mereka ingin terus menjadi rakyat Malaysia, mereka haruslah taat setia kepada raja, menerima Islam sebagai agama negara dan hak kedaulatan bangsa Melayu.

Ini kerana menghalang cita-cita Melayu dan menafikan hak Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah satu tindakan mencabar dan melampau oleh bangsa asing.


Sumber - Antarapos

No comments:

Post a Comment