Search This Blog

HOME

Saturday, May 17, 2014

Pemuda berhati mulia - Sikap Prihatin Menyuap OKU Tersebar Di Laman Sosial.

Pemuda berhati mulia


JOHOR BARU: Sikap prihatin pelayan sambilan di sebuah restoran di Plaza Angsana disini yang menyuap lelaki warga tua kurang upaya mendapat liputan meluas di laman sosial.

Muhammad Aliff Fitri Radzuan, 19, mendapat perhatian ramai apabila gambar beliau membantu seorang pelanggan OKU yang dikenali sebagai Pak Atam menjadi suatu viral di Facebook.

Muhammad Aliff Fitri Radzuan kelihatan sedang menyuapkan makanan mulut Pak Atam
Gambar dalam kejadian pada Rabu itu menunjukkan remaja beruniform yang bekerja di restoran Ayam Penyet itu sedang menyuap lelaki berkenaan.

Lebih menarik apabila gambar itu turut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersentuh dengan sikap mulia remaja itu.

Gambar yang menceritakan segala-galanya itu juga menarik perhatian ribuan pengunjung yang turut memberi pelbagai komen positif.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sudah beberapa kali menyuap Pak Atam kerana jika tidak berbuat demikian, warga tua itu akan menghadapi kesukaran untuk makan dan sering tercekik.


Sumber - mStar Online

No comments:

Post a Comment