Search This Blog

HOME

Thursday, May 8, 2014

Gugur ruangan kaum: Kenyataan PM lain, kenyataan menteri lain....... mana satu yang betul?

Datuk Seri Najib Tun Razak

Mana satu yang betul?, itulah ayat yang akan keluar dari mulut rakyat apabila membincangkan isu ini.

Demikian persoalan yang timbul berhubung keputusan kerajaan terhadap ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan sama ada ia dihapuskan atau tidak?

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan telah memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi itu ketika melakukan urusan rasmi.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya Kabinet tidak membuat sebarang keputusan untuk memansuhkan keperluan mengisi ruangan kategori kaum pada borang berkenaan.

"Ada berbincang mengenainya tetapi keputusan adalah untuk mengekalkan dasar sedia ada," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Rumah UMNO Bahagian Taiping hari ini.

Apa yang diperkatakan Najib itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun bahawa Kabinet semalam memutuskan menggugurkan ruangan 'kaum' dalam borang rasmi kerajaan jika ia tidak memberi nilai tambah.

Joseph berkata, pendekatan itu bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan, selain dapat memupuk budaya keterangkuman dalam kalangan pelbagai kaum yang berbeza di negara ini.

“Umpamanya, borang kerajaan berkaitan kebajikan tidak memerlukan ruangan ‘kaum’ kerana setiap keputusan yang dibuat selepas itu adalah berdasarkan kepada keperluan, bukannya berasaskan kaum. Justeru, maklumat mengenai kaum tidak diperlukan," kata Joseph Entulu.

Sumber - Antarapos

No comments:

Post a Comment