Search This Blog

HOME

Thursday, May 15, 2014

Anak derhaka - Tak dapat duit motorsikal ibu dibakarnya.

Tahu pulak malu tutup muka.........

Bachok: Seorang penganggur dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan membakar motosikal ibunya, minggu lalu.

Majistret Mohd Isa Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Hasimi Mohamud, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Mei 2014.

Mengikut pertuduhan Mohd Hasimi didakwa melakukan khianat dengan api terhadap motosikal jenis suzuki milik A'irah Ismail di tepi sebuah rumah di Kampung Kuau, Repek Bachok di sini, jam 8.30 malam, 12 Mei 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mengamuk dalam keadaan mabuk selepas ibunya enggan memberi wang sebanyak RM200.

Tertuduh bertindak membakar motosikal ibunya sebelum mengugut mahu membakar sebuah lagi motosikal sebelum berjaya ditahan ramai.

Terdahulu tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.


Sumber - myMetro

No comments:

Post a Comment