Search This Blog

HOME

Friday, May 16, 2014

Kucing Wira - Seekor kucing menyelamatkan tuannya dari dicederakan dengan teruk oleh seekor anjing dirakam di kamera keselamatan.

 

Semasa seorang pengguna Youtube, Roger Triantafilo memasang kamera keselamatan (CCTV) dirumahnya dia tidak menjangka akan terakam satu kejadian yang mengejutkannya apabila kucingnya telah menerkam seekor anjing yang sedang mengigit kaki anaknya dihadapan rumah mereka, malah kucingnya juga telah mengejar anjing tersebut membuatkan anjing tersebut lari.

Kelihatan juga didalam video tersebut isterinya yang kelihatan marah dan mengejar anjing tersebut dan apabila melihat isteri Roger mengejar anjing tersebut kucing itu juga mengejar sama seolah-olah mengiringi tuannya.

Gambar2 urutan sebelum anjing menerkam kanak-kanak tersebut






Apa yang membanggakannya adalah keberanian kucingnya yang sepuluh kali lebih kecil daripada anjing tersebut bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya.

Lihat keberanian kucing tersebut di video ini............


Sumber - topingpost

No comments:

Post a Comment