Search This Blog

HOME

Friday, May 16, 2014

Kelibat bayangan hitam berjaya dirakam disebuah restoran di U.S. seolah-olah sedang mencuci pinggan

Bayangan hitam yang berjaya dirakam cctv

Sesosok tubuh telah dirakam kamera CCTV disebuah restoran di Amerika Syarikat, didalam rakaman tersebut kelihatan bayangan hitam dihadapan sinki seolah-olah sedang mencuci pinggan.

Restoran Maid-Rite yang terletak di Cascade, Iowa

Tuanpunya restoran tersebut, Pat Orr mengakui telah banyak kejadian aneh berlaku di restoran Maid-Rite yang terletak di Cascade, Iowa tersebut dan berkata rakaman yang diperolehi melalui CCTV sebelum jam 6 petang 14 April yang lalu mengesahkan lagi anggapan mereka.

Pat Orr tuanpunya restoran
Pernah didalam satu kejadian cawan-cawan streofoam kelihatan keluar dari susunannya dirak dan hampir mengenai kepala pelanggan.

Didalam banyak kejadian pelik yang lain ada juga para pelanggan di restoran tersebut seolah-olah ditolak sehingga jatuh dan untuk mengatasi masalah tersebut pihak pengurusan restoran telah memanggil mereka yang boleh menghalau hantu supaya mengusir hantu yang menggangu para pekerja dan pelanggan mereka.

Pihak polis Iowa berkata mereka masih menyiasat kejadian tersebut dan masih belum mendapat jawapan tentang objek yang dirakam didalam cctv tersebut.

Lihat video hasil rakaman CCTV di restoran tersebut...............


Sumber - Iowa Newsday

No comments:

Post a Comment