Search This Blog

HOME

Monday, May 19, 2014

Sub Inspektor Sazali Samad harumkan nama PDRM apabila bersama Datuk Nicol dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara 2013

Sazali Samad semasa menerima Anugerah Olahragawan 2013 dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam semalam 


KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan Sazali Abd Samad dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2013 malam semalam.

Tahniah Sub Inspektor Sazali Samad, anda mengharumkan nama negara dan PDRM
Anugerah termasuk piala dan wang tunai RM20,000 untuk setiap pemenang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.

Ini kali ketiga Sazali menerima anugerah itu, pertama pada 2006 kedua 2010.

Antara kejayaan Sazali, 45, ialah merangkul emas pada Kejohanan Bina Badan World Bodybuilding and Physique Federation (WBPF) di Hungary tahun lepas serta menyumbang perak dalam acara di bawah kategori 70kg (Light Weight) pada temasya Sukan SEA Myanmar, Disember lepas. 

Datuk Nicol Ann David
Bagi Nicol yang baru menjuarai Terbuka British buat kali kelima pada Ahad, ini kali kesembilan beliau menerima anugerah itu - pertama kali pada 1999, kemudian 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010.


Sumber - myMetro Online

No comments:

Post a Comment