Search This Blog

HOME

Monday, May 19, 2014

Akhbar Harakah sudah mula dimasuki pendakyah liberal - El Haraki.


Laman sosial pro ulama, El Haraki mengkritik organ PAS, Harakah kerana telah membuka ruang dakyah pemikiran liberal meracuni ahli-ahli parti itu.

Pemikir liberal yang dimaksudkan laman sosial itu adalah Dr Ahmad Farouk Musa, Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) yang dibenarkan menulis secara berkala dalam organ rasmi parti itu.

“Yang mengelola Harakah bertanggungjawab memastikan lidah rasmi PAS ini terpelihara daripada unsur-unsur yang menyesatkan.

“Tulisan-tulisan Dr Farouk, IRF yang merupakan jalur Liberal di Malaysia tidak sepatutnya disiarkan di media rasmi PAS.


“IRF senada dengan Sister in Islam dan jalur Liberal yang lain di Malaysia. Malahan IRF telah memperolehi dana khas daripada US sebanyak $50,000 dolar,” dakwa El Haraki.


Sumber - http://www.anwaraidc.com/

No comments:

Post a Comment