Search This Blog

HOME

Sunday, May 11, 2014

Lelaki Dari India Dianggap Dewa Kerana Mempunyai Bulu Seperti Ekor (Video)


Seorang lelaki di India menjadi perbualan orang ramai kerana mempunyai keunikan di tubuhnya. Beliau mempunyai rambut yang tumbuh panjang dari belakangnya. Tidak hairanlah, ia diyakini oleh penduduk tempatan sebagai penjelmaan dewa.

Ekor milik Chandre Oraon itu panjangnya 11.5 cm yang tumbuh di belakang badannya, tepat di bahagian antara pinggang. Rambut itu sudah ada sejak ia lahir dan Chandre sengaja tidak memotongnya. Kerana keanehan itulah ia dianggap penduduk sebagai penjelmaan semula dewa kera alias Hanuman.

Lelaki berusia 35 tahun itu menjadi daya tarik orang ramai di luar daerahnya juga. Banyak yang datang dari jauh untuk melawat rumahnya di Alipurduar, Bengal, demi meminta doa darinya dengan menyentuh "ekor" Chandre.

Chandre yang jaguh memanjat pokok semakin diyakini sebagai penjelmaan Hanuman kerana kemampuannya itu. Ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk menyembuhkan. Chandre bertegas menjaga ekornya meski doktor menawarkan untuk menghilangkannya.

"Aku Hanuman. Orang-orang menghormatiku kerana aku punya ekor," ucap Chandre yang mengaku ekor itu membuatnya sering ditolak gadis. "Aku tidak mempermasalahkannya kerana ini kurnia dari Tuhan."

"Pernah ibu memotong ekorku saat aku masih kecil. Selepas kejadian itu badan aku panas  dan sakit hingga nyaris mati," tutur Chandre. "Selepas kejadian itu semua menyarankan agar aku tetap menjaga ekorku. Keluargaku mengatakan kejadian itu petanda bahawa ekorku adalah berkat dari Tuhan."

Lihat video dibawah ini.......


No comments:

Post a Comment