Search This Blog

HOME

Monday, October 27, 2014

Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat?........ adakah kiamat sudah dekat? (Video)


Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.


Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.

Barat mengemukakan 3 teori iaitu:

1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.

2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan

3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!

Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)



Teori Al-Quran

Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )”.


Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.

Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.



Teori Quran Vs Teori Barat

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Kesimpulan

Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.

Jom tonton video dibawah ini untuk pedoman kita..........



Sunday, October 26, 2014

Saintis Universiti Kobe Ramal Jepun Akan Lenyap 100 Tahun Lagi Akibat Gunung Berapi.



 

Jepun – Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh.

Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka bumi ini.

Saintis di Universiti Kobe meramalkan demikian selepas membuat kajian di kawah gunung berapi di Pulau Kyushu yang meletup tujuh kali sepanjang 120,000 tahun lalu.

Mereka meramalkan satu lagi letupan di pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan lahar, sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau lain.

Awan toksik itu akan menjadikan pulau sekitar tidak boleh didiami sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk di sekitar bandar besar akan menjadi sia-sia.

Professor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun lagi adalah sekitar satu peratus.

Bagaimanapun, mereka berkata, anggaran itu tidak boleh dipandang ringan.

Menurut mereka, kajian kemungkinan gempa bumi melanda Kobe dalam masa 30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum gegaran 7.2 magnitud itu memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995, meragut 6,400 nyawa.

“Kerana itu, tidak mengejutkan jika letupan kuat berlaku di Pulau Kyusu akan berlaku bila-bila masa,” menurut profesor berkenaan.

Hasil kajian itu diumumkan beberapa minggu selepas Gunung Ontake di tengah Jepun meletup bulan lalu, mengorbankan 61 orang.

Sumber - Utusan Online

SEDIH.. Kisah Gadis 13 Tahun Bertahan Hidup Selama 3 Hari Di Celah Runtuhan Sebelum Meninggal Dunia.




Sebuah kisah tentang kematian daripada seorang gadis, yang menjadi mangsa selepas berlakunya gempa dahsyat yang berlangsung pada tarikh 13 November 1985, di Armero, Columbia .

Omayra Sanchez adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yang tinggal di Armero, sebuah bandar kecil yang berpenduduk sekitar 31.000 orang.

Pada tarikh 13 November 1985, bandar Armero yang kecil dan tenang, digoncang oleh letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz . Saat meletus, gunung Nevado Del Ruiz menghasilkan gegaran hebat, yang meruntuhkan ribuan bangunan di Armero, dengan muntahan lahar panas, yang mengalir ke kaki gunung, membakar habis kawasan yang ditimpa aliran larva, termasuk bandar Armero yang berada di kaki gunung Nevado Del ruiz.

Malam saat bencana terjadi, Omayra yang tinggal bersama keluarganya, dikejutkan oleh kejutan dahsyat, dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka. Semasa pelarian menyelamatkan diri, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air. Omayra berhenti untuk menolongnya. Malang bagi gadis ini, setelah menolong neneknya, kakinya tersepit runtuhan bangunan , sehingga tidak boleh bergerak keluar.

Pasukan penyelamat yang datang tidak dapat menariknya keluar dan memerlukan jentera untuk mengalih sisa runtuhan, dan di saat itu air mula mengalir keluar dari lubang saluran air. Bebarapa sisa runtuhan semakin menghimpit Omayra, keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu pasukan penyelamat yang membawa peralatan yang boleh mengangkat sisa runtuhan yang menghimpitt Omayra.

Selama tiga hari pasukan penyelamat tidak kunjung tiba, air telah meningkat hingga paras leher Omayra, selama itu, siang dan malam, orang - orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya bernyanyi, dan membantunya mengatasi ketakutan .

Pada hari ketiga, masih tersepit dalam runtuhan dan dalam rendaman air separas leher , Omayra mula berhalusinasi ia berkata bahawa ia terlambat untuk pergi ke sekolah. Tidak berapa lama kemudian ia meminta orang-orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar ia dapat berisitirahat .

Tak lama kemudian ia meninggal akibat gangrene pada lukanya, dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari-hari.

Televisyen yang datang untuk membuat liputan gempa, juga menyiarkan liputan mengenai keadaan Omayra, ke seluruh dunia. Gambar yang anda saksikan diambil sebelum ia meninggal, dan disiarkan tidak lama setelah ia meninggal. Cristina Echandia seorang wartawan mengatakan, untuk seorang anak seusianya, Omayra cukup tabah menghadapi keadaannya, hingga ajal menjemputnya.



Sumber - ejeninfo.blogspot

PELIK!! Seorang Lelaki Di Brazil Sanggup Buat Pembedahan Plastik Semata-mata Untuk Kelihatan Seperti Lelaki Korea.




BRAZIL – Gara-gara minat dengan muzik K-pop dan drama Korea, seorang lelaki di Brazil sanggup berhabisan duit dan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti lelaki Korea.

Lelaki itu, Max, 25, yang berambut perang dan bermata biru, jatuh cinta dengan Korea selepas dia menyertai program pertukaran pelajar di Universiti Dongseo di Korea Selatan.

Max menyatakan bahawa dia teringin mempunyai mata seperti lelaki Korea. Dia kemudiannya membelanjakan lebih RM10,000 untuk menjalani 10 pembedahan termasuk pembedahan bagi menjadikan matanya lebih sepet.

Max juga yang mahu dikenali dengan nama Xiahn turut mewarnakan rambut dengan warna hitam serta memakai contact lens berwarna hitam.

“Saya tidak takut sekiranya pembedahan itu tidak berjaya, tapi saya takut jika pembedahan di mata saya tidak berjaya, tapi nasib baik penglihatan saya sempurna,’’ katanya.

Selepas menjalani pembedahan itu, Xiahn bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada ibunya, malah dia juga diselar kerana mengubah ciptaan Tuhan.










Sumber - ejeninfo.blogspot

Thursday, October 23, 2014

TERLEBIH FANATIK!! Peminat Ini Belanja Lebih RM 200,000 Untuk Pembedahan Plastik Muka Justin Bieber..



Toby Sheldon yang berusia 33 tahun adalah seorang peminat Justin Bieber yang tidak jemu untuk nampak sepertinya. Dia telah belanja sehingga RM 200,000 agar kelihatan seperti dia. Adakah dia nampak serupa selepas itu?