Search This Blog

HOME

Tuesday, November 19, 2013

Kedutaan Iran di Lebanon dibom.




BEIRUT - Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh manakala 146 lagi cedera dalam dua serangan bom di luar Kedutaan Iran di sini kelmarin, kata Menteri Kesihatan Lebanon, Ali Hassan Khalil.

Beliau memberitahu, angka kematian dalam dua letupan itu bukan muktamad dan boleh meningkat lebih tinggi.

Pengebom berani mati dipercayai terlibat dalam salah satu daripada serangan itu yang turut meragut nyawa seorang diplomat Iran.

Sebuah kumpulan tempatan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, Briged Abdullah Azzam mengaku bertanggung jawab melakukan kedua-dua pengeboman itu.

Beberapa pegawai Lebanon berkata, rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang lelaki memakai tali pinggang berisi bahan letupan menuju ke dinding luar kedutaan berkenaan dan meletupkan dirinya.

Menurut mereka, letupan kedua berpunca daripada bom kereta yang diletakkan tidak jauh dari pekarangan Kedutaan Iran.

"Operasi syahid ini dilakukan oleh dua wira Sunnah di Lebanon," kata pembimbing agama Briged Abdullah Azzam, Sheikh Sirajeddine Zuraiqat di laman Twitter.

Serangan berkembar itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perang saudara di Syria.

Golongan Syiah di Iran menyokong kuat tindakan Presiden Syria, Bashar Al-Assad memerangi pemberontak Sunnah di negara itu.

Pihak penentang di Syria itu pula disokong oleh kuasa Sunnah seperti Arab Saudi dan Qatar.

Sumber

No comments:

Post a Comment