Search This Blog

HOME

Wednesday, November 20, 2013

Tahukah anda mengapa kereta mendiang pengasas CEO Apple Steve Jobs’ tidak pernah mempunyai nombor pendaftaran kenderaan?.

Steve Jobs

Mendiang Steve Jobs yang telah meninggal dunia gemar menggunakan kereta Mercedes SL55 AMG dan mendiang juga gemar meletakkan keretanya di tempat letak kereta bagi orang kurang upaya di ibupejabat syarikat Apple.

Mercedes SL55 AMG kepunyaan Steve Jobs
Lelaki yang semasa hidupnya gemar memakai baju kain kapas lengan panjang berwarna hitam hingga menutup keseluruhan lehernya, berseluar jeans biru dan memakai kasut snekers New Balance memang dikenali ramai dengan kereta Mercedes SL55 AMG berwarna perak tetapi apa yang peliknya kereta mendiang tidak pernah memiliki nombor pendaftaran kenderaan.

Bagaimana beliau berhadapan dengan pihak polis, adakah beliau kerap dikenakan saman?, atau beliau sentiasa bernasib baik?, atau beliau mempunyai kekebalan dari segi undang-undang jalanraya di California sebab beliau CEO Apple’s?.

Jawapannya mudah, di California, Amerika Syarikat dari segi undang-undang jalanraya, sesiapa yang memiliki kereta baru didalam masa 6 bulan perlu mendaftar kenderaannya untuk mendapatkan nombor pendaftaran dan apa yang beliau lakukan ialah sebelum sampai genap 6 bulan beliau akan menukar kereta baru jenis yang sama iaitu Mercedes SL55 AMG dan warnanya juga sama iaitu warna perak oleh yang demikian tiada keperluan untuk beliau meletakkan nombor pendaftaran kenderaan dikeretanya.

Tidak diketahui kenapa beliau melakukan perkara sedemikan, adakah beliau malas untuk mendaftar kenderaannya atau sememangnya beliau seorang yang banyak duit tetapi itulah yang akan dilakukan oleh beliau sepanjang beliau menggunakan kenderaan.

Pelik, tapi kalau banyak duit apa yang peliknya?............

No comments:

Post a Comment