Search This Blog

HOME

Wednesday, November 20, 2013

Menyeramkan!!! Buah kelapa mirip wajah manusia, menangis ketika hendak dibelah.




Sebiji buah kelapa telah didapati bukan sahaja mempunyai rupa seperti seorang menusia menangis tetapi turut mengeluarkan airmata ketika sesiapa hendak membelahnya.

Buah kelapa menyerupai wajah manusia menghebohkan warga Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Anehnya lagi, buah kelapa pelik ini akan mengeluarkan air seperti menangis jika hendak dibelah. Rumah pasangan M Saleh dan Siti Aminah di RT 08/04, Kelurahan Melayu, Kecamatan Asakota, Kota Bima, dikunjungi ramai orang untuk melihat buah kelapa ini, Mereka ingin membuktikan dengan mata kepala mereka sendiri kebenaran cerita tersebut yang telah heboh.

Menurut Aminah, kelapa tersebut telah diberi oleh kakaknya M Yamin. Tanda-tanda aneh tersebut telah kelihatan apabila kelapa tersebut dikupas.

“Saya terkejut kerana saat akan dibelah keluar air matanya. Akhirnya saya enggak jadi belah dan simpan kelapa pelik itu di almari,” ujar Aminah di rumahnya.

Kerana yakin buah kelapa ini memiliki keajaiban, Aminah mengaku tidak akan menjual atau menggunakannya. Dia akan menyimpannya sekalipun ada orang yang akan menawar dengan harga yang tinggi.

Kini buah kelapa tersebut disimpan di dalam balang kaca agar tidak terjatuh ketika orangramai datang melihatnya dan beliau telah menyediakan sebuah kotak yang dipanggil kotak amal supaya para pelawat yang datang boleh menderma ikhlas.

Orangramai yang datang melawat kebanyakkannya akan merakam buah kelapa tersebut dengan menggunakan kamera telefon bimbit masing-masing dan ada juga yang kerasukan setelah melihat buah kelapa tersebut yang mirip wajah manusia.

No comments:

Post a Comment