Search This Blog

HOME

Tuesday, November 19, 2013

Kelakar pun ada kesian pun ada - Tak tahu guna lif orang asli ini keluar ikut tingkap Hospital HKL untuk turun tingkat bawah.




Kira-Kira 20 tahun lalu iaitu pada 16 Mei 1993, berlaku satu insiden yang agak melucukan tetapi cemas sebenarnya apabila seorang lelaki dikesan berada di luar tingkap tandas di tingkat 3, Hospital Kuala Lumpur.

Yang sebenarnya dia bukan kerana hendak bunuh diri tetapi kerana tidak tahu bagaimana hendak turun ke tingkat bawah HKL dengan menggunakan lif.

Lelaki keturunan Asli itu berada di HKL kerana menemani isterinya yang hendak bersalin.

Sewaktu tiba, dia dan isterinya dibawa naik ke wad dengan menggunakan lif tetapi selepas isterinya dibawa masuk ke bilik bersalin, dia pun hendak pulang ke rumah.

Masalah besar terjadi kerana dia tidak tahu cara menggunakan lif untuk turun, akhirnya dia cuba hendak turun melalui tingkap.

Jika dikenang semula detik kejadian, suasana kelihatan agak cemas kerana lelaki berkenaan dilihat kurang memberi kerjasama kepada bomba, mungkin sebab terlalu cuak apatah lagi dia cuma memakai kain.

Tapi bila diceritakan semula sekarang, pasti inilah antara nostalgia manis untuk dikenang oleh anggota bomba yang terlibat menyelamatkan lelaki ini.

Harap-harap tiada orang asli yang terasa dengan siaran video ini memandangkan ia cuma rakaman lama dan umum pun tahu, masyarakat orang asli pada hari ini sudah jauh lebih maju.

Yang lebih penting, dia berjaya diselamatkan oleh abang-abang bomba kita yang ternyata bertindak profesional menangani insiden yang cukup mencemaskan itu. Jom lihat videonya dibawah.......

No comments:

Post a Comment