Search This Blog

HOME

Friday, November 22, 2013

Mahkamah isytihar AGM Seniman terbatal, tidak sah - Menang jadi arang kalah jadi abu, adakah persahabatan mereka selaku umat Islam akan bertaut kembali?.




Peminat seni tanahair sedang memerhatikan apa yang berlaku selepas ini, setelah ketidakpuasan hati mereka telahpun diterjemahkan oleh Mahkamah.

Mereka yang dikatakan menipu telahpun dijatuhkan hukuman dan mereka yang tidak puashati telahpun menerima habuan diatas ketidakpuasan hati mereka, baguslah kalau begitu............

Apa yang menjadi persoalan disini ialah kesemua mereka yang terlibat didalam isu ini adalah beragama Islam, dan apabila timbul isu ini sudah tentu perasaan tidak puas hati itu diterjemahkan dengan tindakan dan tindakannya ialah dengan membawa isu ini ke mahkamah dan mahkamah telahpun memutuskan salah satu dari kumpulan ini bersalah dan telahpun dijatuhkan hukuman.

Bagaimana pula selepas ini?, adakah  mereka akan bermusuh sehingga sampai bila-bila atau mungkin sampai keakhir hayat?.

2120. Dari Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kalian saling memutuskan tali persaudaraan, janganlah saling belakang-membelakangi, janganlah saling benci-membenci dan jangalah saling hasut-menghasut. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah dihalalkan bagi seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari." (Muttafaq Alaih/Riyadhushshalihin: 1593)

2121. Dari Abu Ayyub ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak dihalalkan bagi seorang muslim untuk mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari, apabila keduanya bertemu masing-masing saling membuang muka. Adapun yang paling baik di antara keduanya adalah yang lebih dahulu mengucapkan salam." (Muttafaq Alaih/Riyadhushshalihin: 1594)

2122. Dari Abu Hurairah ra., ia  berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Amal-amal perbuatan itu dihadapkan setiap hari Senin dan Kamis, kemudian Allah mengampuni setiap dosa orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali seseorang yang berselisih dengan saudaranya, dimana Allah berfirman: "Tunggulah dua orang ini sampai damai kembali." (HR. Muslim/Riyadhushshalihin: 1959)

2123. Dari Jabir ra., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setan telah berputus asa untuk bisa disembah di Jazirah Arab, tetapi setan akan selalu merusak hubungan baik di antara sesama bangsa Arab." (HR. Muslim/Riyadhushshalihin: 1596)

2124. Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tidak dihalalkan bagi setiap muslim untuk mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari. Barangsiapa mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari kemudian ia mati maka ia masuk neraka." (HR. Abu Dawud/ Riyadhushshalihin: 1597)

2125. Dari Abu Khiras Hadrad bin Abu Hadrad Al Aslami, dan ada yang menyebutnya dengan As Shahabi ra. bahwasanya ia mendengar Nabi saw. bersabda: "Barangsiapa mendiamkan saudaranya selama satu tahun, maka ia seperti menumpahkan darahnya." (HR. Abu Dawud dengan isnad yang shahih/Riyadhushshalihin: 1598)

2126. Dan Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak dihalalkan bagi seseorang mukmin untuk mendiamkan sesama mukmin lebih dari tiga hari. Apabila telah lebih dari tiga hari, maka hendaklah salah soerang di antara mereka berdua menemui dan mengucapkan salam kepada yang lain. Apabila yang lain mau menjawab salamnya, maka keduanya telah sama-sama mendapatkan pahala, tetapi apabila yang lain tidak mau membalas salamnya, maka ia telah memborong dosa dan orang yang mengucapkan salam itu bisa dikatakan mendiamkannya." (HR. Abu Dawud/Riyadhushshalihin: 1599) Abu Dawud berkata: "Apabila dalam mendiamkannya itu karena Allah Ta'ala, maka ia tidak termasuk dalam hal ini (mendiamkan)."

Harap-harap selepas ini dapat diaturkan pertemuan dikedua-dua belah pihak supaya hubungan silatulrahim dapat dijalin semula, ingatlah berdosa jika diteruskan permusuhan ini sampai bila-bila........ demi Agama Islam tak perlulah masing-masing menunjukkan keras kepala selepas ini.

Industri seni tanahair kita terlalu kecil, kita paling ke kanan akan nampak musuh kita dan jika kita paling ke kiri juga akan nampak musuh kita, jadi berdamailah selepas ini dan janganlah terbawa-bawa permusuhan ini hingga keakhir hayat.

Diharapkan selepas ini ada insan seni tanahair yang mulia hatinya untuk mengaturkan pertemuan dikedua-dua belah pihak untuk didamaikan.......... besar pahalanya. Insyallah.

Ikuti cerita mereka dibawah ini.........

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengisytiharkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 dan Pemilihan Jawatankuasa Seniman pada 26 Mei tahun lalu adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu secara tidak langsung menggugurkan nama pelakon Zed Zaidi selaku Presiden Seniman berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu dibuat selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop mendapati, lima artis veteran yang menyaman Seniman dan tujuh yang lain berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan berhubung dakwaan AGM itu sebagai tidak sah kerana minit mesyuarat telah dipalsukan dan ahli baharu yang meragukan.

Tindakan itu adalah susulan daripada saman yang dikemukakan ahli-ahli Seniman diketuai oleh Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sony Abdullah) telah memfailkan saman terhadap Seniman pada 25 Januari lalu.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik serta ahli jawatankuasanya iaitu Omar Kamarudin atau dikenali sebagai Yusof Kelana, Wafa A. Kadir, Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab atau dikenali sebagai Den Wahab.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa Seniman ke-14 diadakan semula dengan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh dua bulan bermula semalam.

Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plaintif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan.

"Sepanjang perbicaraan, saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Presiden Seniman ketika itu, Harun atau nama sebenarnya Harun Aminar Rashid Salim, Yusuf Kelana atau Omar Kamarudin dan Wafa A. Kadir membayar ganti rugi khas berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa di sini berjumlah RM56,000.

No comments:

Post a Comment