Search This Blog

HOME

Wednesday, November 13, 2013

Kerana simbol ini, pemain kelab Al-Ahly 'digantung' kerana dikatakan sokong Mursi.


Simbol yang menakutkan Tentera Mesir

KAHERAH 13 Nov. - Seorang pemain kelab bola sepak Al-Ahly dilarang daripada menyertai sebarang perlawanan akan datang selepas menunjukkan sokongan kepada Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi, dalam satu perlawanan yang diadakan Ahad lalu.

Pemain tersebut, Ahmed Abdul Zaher dikatakan menunjukkan simbol 'empat jari' sewaktu meraikan jaringannya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Afrika.

Larangan tersebut bermaksud beliau tidak akan diturunkan sewaktu kelab Al-Ahly mengambil bahagian pada pertandingan Piala Dunia Kelab FIFA di Maghribi yang akan diadakan bulan hadapan.

No comments:

Post a Comment