Search This Blog

HOME

Monday, November 25, 2013

Kejamnya rakyat China, dah diselamatkan dari mati lemas, tetapi enggan menyelamatkan orang yang menyelamatkan mereka.






Deng bersama anjing kesayangannya

Ini kisah benar yang berlaku di China pada 3 Julai yang lepas. Seorang  pemuda Deng Jinjie, 27, yang sedang membawa anjingnya bersiar-siar di sungai telah terdengar suara orang meminta tolong dan dia mendapati tiga orang sedang lemas dihanyutkan arus deras. Tanpa berlengah pemuda ini terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan mereka bertiga, namun setelah selesai menyelamatkan mereka bertiga pemuda ini telah mengalami kekejangan otot, namun mangsa yang diselamatkan pemuda itu tadi berlalu pergi tanpa berbuat apa-apa.

Adik perempuan Deng meratapi kematiannya
Orang ramai yang nampak kejadian tersebut telah menahan mereka, namun mereka menjawab itu bukan masalah mereka.

Pihak penyelamat meneruskan operasi bagi mencari mayat Deng Jinjie, akhirnya mereka berjaya menemui pemuda tersebut, namun pemuda  tersebut sudah tidak bernyawa.

Apa yang lebih mereka kesalkan, tiga jahanam yang Deng selamatkan itu langsung tidak mempedulikan keadaannya.

3 Jahanam ini memohon maaf dihadapan mayat Deng
Salah seorang yang diselamatkan termenung mungkin menyesal atau takut hantu Deng akan mencarinya kot........
Selepas tujuh hari kejadian tersebut dan setelah didesak barulah ketiga-tiga mereka yang diselamatkan oleh Deng telah datang kerumah Deng dan meminta maaf dihadapan gambar mendiang Deng, walaubagaimanapun ketiga-tiga mereka telah dikawal oleh seramai 30 anggota polis kerana takut kejadian buruk berlaku keatas mereka akibat kemarahan penduduk kampung tersebut.

Ibu mendiang Deng  meratapi kematiannya.
Laporan menyatakan bahawa Deng Jinjie merupakan seorang buruh binaan yang suka memelihara anjing. Kesian Deng. Kalau tahu, baik dibiarkan mampus saja 3 jahanam tu.

No comments:

Post a Comment