Search This Blog

HOME

Thursday, November 28, 2013

Pusat Membeli Belah Yang Menjual Wanita Untuk Dijadikan Isteri.




Sebuah pusat membeli belah di sebuah ibukota yang baru sahaja dibuka  telah dikhaskan hanya untuk kaum lelaki sahaja sebagai pengunjungnya, pusat membeli belah ini yang mempunyai 6 tingkat ini telah memaparkan notis yang bertulis “Anda Hanya Dapat Mengunjungi Pusat Membeli Belah Ini SEKALI SAHAJA”.

Pusat membeli belah ini akan memaparkan disetiap tingkat bermula dari tingkat satu mengenai kelayakkan calon-calon wanita yang mungkin boleh dijadikan isteri oleh pengunjung lelaki.

Diantara syarat-syaratnya pengunjung hanya boleh memilih wanita yang berada disalah satu tingkat dan tidak dibenarkan turun ke tingkat bawah jika sampai di tingkat yang diatas atau sampai di tingkat enam kerana pintu keluar hanya berada di tingkat enam.

Nak dijadikan cerita seorang pemuda telah mengunjungi pusat membeli belah tersebut untuk cuba mencari seorang wanita yang sesuai baginya untuk dijadikan isteri.

Apabila tiba di tingkat 1 ada sebuah papan kenyataan berbunyi, “Wanita ditingkat ini memiliki pekerjaan dan taat kepada Allah”, pemuda tersebut tersenyum kemudian dia naik ketingkat 2.

Setiba di tingkat 2 ada juga papan kenyataan berbunyi, “Wanita ditingkat ini memiliki pekerjaan, taat kepada Allah dan menyukai anak kecil”, lagi meleret senyum pemuda ini namun dia terus naik ke tingkat 3.

Sesampai aje di tingkat 3 juga ada papan kenyataan yang berbunyi, “Wanita di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada ALLAH, senang anak kecil dan sangat cantik”, pemuda ini yang menjadi begitu semangat dan tanpa melihat betul atau tidak apa yang ditulis di papan kenyaatn itu terus aje naik ke tingkat 4.

Apabila sampai di tingkat 4 tanpa berlengah dia membaca ayat yang tertulis di papan kenyataan tersebut yang berbunyi, “Wanita di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada ALLAH, senang anak kecil, cantik sekali dan suka membantu pekerjaan rumah”, selesai membaca dia hendak masuk ke tingkat tersebut tetapi hatinya meronta-ronta mengatakan sudah tentu yang diatas lebih baik lagi agaknya dan dia terus ke tingkat 5.

Sampai di tingkat 5, “Wanita di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada ALLAH, senang anak kecil, tersangat cantik suka membantu pekerjaan di rumah, dan sangat-sangat romantik orangnya”, namun pemuda yang boleh dikatakan ‘hensem’ ini dan juga mempunyai perniagaan yang sangat kukuh merasakan boleh dapat calon isteri yang lebih baik lagi dan tanpa berlengah diterus naik ke tingkat 6.

Setibanya ia di tingkat 6 pemuda ini berasa terkejut apabila terpapar mukanya di papan kenyataan elektronik dengan kenyataan yang berbunyi, “Anda Adalah Pengunjung Yang Ke 4.363.012.000. Tidak Ada Wanita Di Lantai Ini. Lantai Ini Hanya Semata-Mata Bukti Untuk Anda Yang Tidak Pernah Puas. Terima Kasih Kerana Telah Mengunjungi Pusat Membeli Belah Al-Insaf Dan Berhati-Hati Ketika Keluar Dari Bangunan Ini, Semuga Hari Yang Indah Buat Anda”. 

Jangan marah yerrrr.......... hanya untuk pedoman

No comments:

Post a Comment