Search This Blog

HOME

Sunday, November 10, 2013

TAHNIAH PDRM - PENGAWAL KESELAMATAN SETAN BERJAYA DIBERKAS. (Video)

kalau dapat kat aku, aku pijak2 kamu....... setan betul kamu ni, setan.........


Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia diatas kejayaan menangkap hidup-hidup pengawal keselamatan setan yang membunuh pegawai AmBank pada 23 Oktober lalu, pembunuh ini berjaya diberkas di Kota Tinggi awal pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Op Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan," katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.

Lihat video sumber dari myMetroTV semasa setan ini dibawa ke Mahkamah untuk direman...........


No comments:

Post a Comment