Search This Blog

HOME

Tuesday, December 31, 2013

Hantu bernama Kuchisake-onna, hantu paling ditakuti di Jepun.



Gambar hiasan

Salah satu legenda hantu wanita popular di Jepun ialah Kuchisake-onna.

Dikatakan pada zaman dahulu, hantu yang digambarkan sebagai mempunyai mulut yang terkoyak bernama Kuchisake-onna ini adalah seorang wanita yang sangat cantik dan merupakan isteri seorang Samurai. Kerana cemburu suami wanita ini telah merobek mulut isterinya kerana menyangkakan bahawa isterinya telah main kayu tiga.

Gambar hiasan
Masyarakat di Jepun sangat takut jika terserempak dengan hantu ini, ada yang mengatakan pernah terserempak dengan hantu ini yang memakai topeng bedah untuk menutup luka dimulutnya dan telah ditanya oleh hantu tersebut adakah wajahnya cantik, jika dijawab ‘ya’ hantu tersebut akan membuka topeng di mukanya dan bertanya soalan yang sama jika dijawab tidak dikatakan hantu itu akan membunuh mereka.

Ada juga mengatakan hantu tersebut suka memburu kanak-kanak dan selalu membawa gunting.

No comments:

Post a Comment