Search This Blog

HOME

Monday, December 9, 2013

Kelakuan pelik dan menakutkan pelajar University of British Columbia, Elisa Lam sebelum dijumpai mati ditangki air hotel di Los Angeles. (Gambar & Video)



Elisa Lam

Kejadian berlaku bemula pada 19 Febuari 2013 ketika para penghuni Hotel Cecil di Los Angeles telah mengemukakan aduan bahawa aliran air dibilik mereka terlalu kecil kepada pihak pengurusan hotel.

Hotel Cecil dimana mayat Elisa Lam dijumpai didalam tangki air
Bertindak diatas aduan tersebut seorang pekerja hotel tersebut telah melakukan pemeriksaan keatas tangki air di hotel tersebut yang terletak diatas bumbung dan pekerja tersebut terkejut apabila menemui mayat didalam salah sebuah tangki air tersebut dan setelah menghubungi pihak berkuasa mereka mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai itu adalah Elisa Lam yang telah dilaporkan hilang sejak 19 hari yang lalu.


Gambar-gambar diatas dan dibawah kelihatan pihak polis
sedang melakukan siasatan setelah mayat Elisa Lam dijumpai.

Pihak polis sedang melakukan pemeriksaan diatas bumbung hotel
Elisa Lam adalah seorang mahasiswi di University of British Columbia, Kanada. Usianya 21 tahun dan pada 26 Januari 2013 pergi ke Los Angeles seorang diri dan check-in di Hotel Cecil, kali terakhir dilihat oleh staf hotel pada 31 Januari 2013.

Gambar2 kelakuan pelik dan aneh yang dilakukan oleh Elisa Lam
semasa didalam lif.






Pihak polis Los Angeles (LAPD) telah meneliti kamera litar tertutup di hotel tersebut dan dapat mengesan pergerakan Elisa Lam berada didalam sebuah lif di hotel tersebut. Apa yang menjadi misteri adalah kelakuan anih Elisa Lam semasa berada didalam lif tersebut, mendiang dilihat seperti sedang melarikan diri atau bersembunyi daripada seseorang dan ada kalanya dilihat sedang melakukan aksi berenang dan adakalanya kelihatan sedang menari sebelum dilihat hilang dari pandangan CCTV didalam lif tersebut.

Sehingga kini kes tersebut masih didalam siasatan dan pihak LAPD masih buntu apa yang berlaku sebenarnya, adakah Elisa Lam membunuh diri atau dibunuh? dan pihak LAPD juga hairan iaitu yang pertama, bagaimana Elisa Lam boleh sampai keatas bumbung hotel tersebut sedangkan pintu untuk naik keatas bumbung sememangnya berkunci dan yang kedua bagaimana Elisa Lam boleh memanjat naik dan masuk kedalam tangki dan yang ketiga, apa yang sedang dibuat oleh mendiang semasa didalam lif. 

Persoalan yang menjadi buah mulut petugas dan penghuni hotel tersebut adakah mendiang Elisa Lam telah dirasuk?.......... misteri ini masih belum terjawab sehingga kini.


No comments:

Post a Comment