Search This Blog

HOME

Wednesday, December 11, 2013

Mengejutkan skandal terbesar dan memalukan di U.S - 18 Timbalan Sherif di Penjara County, L.A ditahan Polis.


LOS ANGELES, California, 10 Disember -Seramai 18 orang yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Sherif disebuah penjara di Los angeles telah ditahan oleh pihak polis diatas pelbagai tuduhan, diantaranya rasuah, menyalahgunakan kuasa, melakukan kekerasan terhadap pesalah dan pelawat dan yang paling keras sekali tuduhan menghalang pihak FBI untuk mendapatkan bukti didalam penjara.    

Peguam Negara U.S. Attorney Andre Birotte Jr berkata, skandal yang berlaku ini amat serius dan memalkan apabila melibatkan seramai 18 orang penguatkuasa penjara dan dua daripada mereka sudah tidak berkhidmat lagi dengan pihak berkuasa penjara dan beliau hairan bagaimana mereka boleh beranggapan mereka mengatasi undang-undang.

Diantara tuduhan yang paling berat ialah apabila penguatkuasa penjara telah menggari seorang konsul Jeneral Austria semasa beliau melawat seorang banduan didalam penjara tersebut.

Selain halangan atau cubaan untuk melengah-lengahkan pihak FBI untuk melakukan siasatan juga aduan bahawa ada pelawat yang datang untuk melawat telah dicekik, ditendang dan disembur dengan penyembur lada tanpa sebab.

Banyak lagi tuduhan-tuduhan  yang akan dikenakan terhadap kesemua Timbalan Sherif tersebut dan siasatan masih berjalan.

Sumber

No comments:

Post a Comment