Search This Blog

HOME

Wednesday, December 25, 2013

Subhanallah!!! Fenomena Api Hijjaz di Yaman.......... adakah Hari Kiamat sudah dekat?. (Video)




Api yang membuatkan penduduk ketakutan.

YAMAN- Secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu daerah Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.

Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat meunculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak dan ada penduduk yang mengatakan bahawa Hari Kiamat sudah dekat.

Api yang kelihatan merah menyala jelasboleh dilihat dicelah-celah lubang
Mengikut hadis tanda-tanda kecil petunjuk bahawa Hari Kiamat kian hampir apabila keluarnya Api Hijaz, ataupun keluarnya api dari Negeri Hijjaz.

Untuk makluman Negeri-negeri Hijjaz adalah kawasan yang terletak disebelah Barat dari Najd di sepanjang Laut Merah yang membentang dari teluk ‘Aqabah di utara, sampai ke ‘Asir di selatan, sekitar 400,000 km persegi. Pusatnya di Mekah dan kota-kotanya adalah terdiri daripada, Madinah, Taif, Tabuk dan Jeddah.

Peristiwa ini dinyatakan dalam beberapa hadis, antaranya adalah seperti yang dilaporkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

Kiamat tidak berlaku sehingga keluar api daripada bumi Hijjaz. Ia menerangi tengkuk-tengkuk unta di Busra”. (hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Huzaifah bin Usaid al-Ghifari turut melaporkan,bahawa rasulullah s.a.w ada bersabda, “Api keluar dari negara Yaman dalam daerah Adan. Api itu menghalau manusia ke tempat yang ditentukan supaya mereka berkumpul.”

Imam Ibnu Hajar menghuraikan kesemua hadis yang menjelaskan mengenai peristiwa keluarnya api dalam bukunya ‘Fathul Bari’ dengan menegaskan, al-Qurtubi menyebut dalam bukunya at-Tazkirah,

“Sesungguhnya sudah berlaku peristiwa keluarnya api di Hijjaz dalam daerah Madinah. Ia bermula dengan gempa yang kuat di awal malam Rabu bulan Jamadil al-Thani, tahun 654 Hijrah. Api itu berpanjangan sehingga pagi hari Jumaat, lalu ia pun padam… ia mengalir seperti sungai, kelihatan merah dan biru memakan batu (mencairkan batu yang mengenainya). Api itu bermula di kampung Quraizah sehingga berhenti di tempat perhentian para musafir dari Iraq.”

Seterusnya Imam Nawawi mengesahkan bagaimana api itu cahayanya sampai ke Busra negeri Syam, beliau menegaskan, berita itu sudah menjadi berita yang mutawatir di kalangan penduduk Syam.

Kemudian, Imam Ibnu Hajar menegaskan, Api besar yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. yang keluar di Hijjaz, sudah pun berlaku seperti yang diceritakan oleh al-Qurtubi. Manakala api yang keluar di akhir zaman itu adalah peristiwa yang lain. Dan tempat berkumpul yang dimaksudkan itu bukannya Mahsyar di hari akhirat, tetapi mahsyar (tempat perhimpunan manusia ketika hampirnya berlaku kiamat).

Sila lihat video dibawah agar dapat dijadikan pedoman kepada kita.

No comments:

Post a Comment