Search This Blog

HOME

Tuesday, December 17, 2013

Kisah benar bagaimana seorang Sami Buddha membakar diri kerana agamanya ditindas. (Video)



Thich Quang Đức

Sebelum membakar dirinya sami tersebut berkata, apa yang dilakukannya bukan kerana agama tetapi untuk rakyat, yang bermakna apa yang rakyat dapat akibat perang.

Thich Quang Đức telah dilahirkan pada tahun 1897, beliau adalah seorang Sami Mahayana Buddha di Vietnam Selatan.

Kerana membantah terhadap penindasan yang dilakukan terhadap Agama buddha oleh Presiden Vietnam Selatan ketika itu yang beragama Kristian, Ngo Dinh Diem beliau telah mengambil tindakan nekad dengan membakar dirinya di sebatang persimpangan jalan yang sibuk di Saigon pada 11 Jun 1963.

Ngo Dinh Diem, Presiden Vietnam Selatan yang dikatakan anti Kristian
Gambar-gambar saat kematiannya telah dirakam oleh Malcolm Browne seorang Jurugambar yang bertugas dengan akhbar Associated Press di Vietnam ketika itu dan dengan gambar-gambar tersebut jurugambar tersebut telah memenangi Hadiah Pulitzer.

 
Orangramai yang menyaksikan kejadian tersebut hairan walaupun api sedang marak membakar tubuh sami tersebut beliau langsung tidak bergerak atau meraung kesakitan sehinggalah badannya hangus terbakar.

Saksikan tindakan nekad sami tersebut didalam video dibawah ini...............  

No comments:

Post a Comment