Search This Blog

HOME

Monday, December 30, 2013

Info - Manusia yang boleh digelar raksaksa.




Sejarah manusia yang paling tinggi di dunia pernah direkodkan sehingga mencapai 3 meter tingginya.

Bayangkan bagaimana manusia setinggi ini bergerak dari satu tempat ke satu tempat?, apa jenis kenderaan yang boleh dinaikinya kecuali bas atau lori dan bagaimana besarnya katil perlu disediakan untuknya?.

Bersama-sama ini dipaparkan info daripada Guiness World Record  berkaitan 5 manusia yang boleh digelar raksaksa ini...........

5. Vaino Myllyrinne.

Lelaki ini dilahirkan di Finland pada tahun 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1963, beliau mempunyai ketinggian 2.51 meter.

4. Leonid Stadnyk.

Lelaki ini dilahirkan di Ukraine pada tahun 1971, memiliki ketinggian 2.57 meter.

3. John F. Caroll.

Lelaki ini memiliki ketinggian 2.63 meter, ia lahir di New York, Amerika Syarikat pada tahun 1932 dan meninggal pada tahun 1969.

2. John Rogan.

Dikatakan lelaki ini telah dilahirkan pada tahun 1865 dan memiliki ketinggian 2.68 meter.

1. Robert Wadlow.

Lelaki berasal daripada Amerika Syarikat ini memiliki ketinggian 2.72 meter, beliau juga diistihar sebagai lelaki terbesar di dunia oleh Guiness World Records.

No comments:

Post a Comment