Search This Blog

HOME

Sunday, December 8, 2013

Reuters dakwa Imigresen Thailand jual etnik Rohingya beragama Islam ditengah laut.




Sebuah van Polis Imigresen Thailand, membawa sekumpulan penduduk Rohingnya ke sebuah pelabuhan di Ranong, Thailand, pada 30 Oktober lalu. - Reuters


BANGKOK 8 Dis. - Kerajaan Thailand berjanji untuk membantu siasatan berhubung dakwaan pegawai imigresen negara ini terlibat dalam sindiket penyeludupan beratus-ratus penduduk etnik Rohingya beragama Islam yang melarikan diri dari Myanmar.

Komitmen itu diutarakan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) kelmarin, menggesa satu siasatan dilakukan berhubung laporan Reuters Khamis lalu yang mendedahkan perkara berkenaan dalam satu siasatan dijalankan selama dua bulan di tiga negara.

Dalam laporan tersebut, wartawan Reuters memperinci polisi sulit untuk memindahkan pelarian Rohingya dari pusat tahanan imigresen Thailand dan diserahkan kepada sindiket terbabit yang menunggu di tengah laut.

Namun begitu, dalam reaksinya Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra menerusi penasihatnya enggan mengulas tentang dakwaan dibuat oleh Reuters tersebut.

"Saya tidak boleh memberi komen tentang isu Rohingya kerana ia tertakluk dalam bidang kuasa Kementerian Luar.

"Kementerian akan bekerjasama dengan AS dan PBB untuk membantu penyiasatan yang diperlukan,'' katanya.

Beribu-ribu penduduk etnik Rohingya Islam melarikan diri daripada keganasan di Myanmar dan kebanyakan mereka memasuki selatan Thailand sebelum dipindahkan ke kem terpencil berhampiran sempadan Malaysia.

Mereka terpaksa tinggal di kawasan tersebut sebelum dibebaskan menggunakan wang tebusan ahli keluarga mereka, namun ramai yang dipukul dan dibunuh.

Menurut Penasihat Polis Diraja Thailand, Mejar Jeneral Chatchawal Suksomjit, terdapat polisi tidak rasmi untuk mengusir warga Rohingya ke Myanmar yang dianggap sebagai 'langkah semulajadi atau pilihan kedua'.

Dalam laporan Reuters itu, beliau berkata, warga Rohingya terlibat telah menurunkan tandatangan sebagai syarat bersetuju untuk dibawa pulang ke Myanmar. 

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikeluarkan ketika ketiadaan penterjemah bahasa Rohingya.

No comments:

Post a Comment